Umat Islam semestinya menarik nafas lega apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 yang dirancang pada 6 dan 7 Oktober ini di Solaris Damansara bermula 2 petang hingga 11 malam.
Better Beer Festival adalah acara untuk
merasai produk pengeluar bir bebas. Penganjuran masuk tahun keenam pada
tahun ini. Ia dianjurkan oleh pengedar bir MyBeer (M) Sdn. Bhd..
Islam sudah lama mengharamkan arak. Dalam Islam,
arak ialah ibu segala kejahatan. Larangan minum arak bertujuan menjaga
keperibadian manusia daripada perkara yang merosak dan merendahkan
martabat ummah. Pengharamannya ditegaskan menerusi firman Allah SWT yang
bermaksud: Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi.
Katakanlah: Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat
bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya...(al-Baqarah: 219)
Kajian pakar jantung di Universiti Wisconsin,
Amerika Syarikat, Dr. James H. Stein turut mengesahkan keburukan minum
arak. Dalam artikelnya yang diterbitkan oleh Milwaukee Journal Sentinel
pada 28 November 1998, beliau berkata, alkohol merosakkan jantung dengan
melemahkan otot-otot, mengganggu cara jantung mengepam darah dan
menaikkan tekanan darah. Alkohol juga merosakkan hati, menyebabkan
radang pankreas, kanser esofagus dan juga kanser perut.
Yang membimbangkan, pesta itu mahu diadakan di
Malaysia yang mana Islam adalah agama bagi negara. Lebih buruk lagi, ia
mahu diadakan dalam bulan Muharam di mana kita menyambut Awal Muharam
tahun 1439H, hari ini. Tema sambutan kali ini adalah Kesatuan Ummah
Kesejahteraan Negara. Persoalannya, adakah ia satu kebetulan atau memang
dirancang untuk melihat apa reaksi atau tindak balas umat Islam dalam
hal ini.
Mustahil orang bukan Islam yang sudah menetap
puluhan tahun di Malaysia tidak faham atau ‘buta’ tentang Maal Hijrah.
Awal Muharam atau Maal Hijrah adalah hari yang penting bagi umat Islam.
Ia menandakan peristiwa memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari
kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu
berlaku pada 1 Muharam, tahun baharu bagi takwim hijrah.
Alhamdulillah, satu ‘pesta’ mungkar sudah dapat
dicegah. Namun, ada satu lagi acara yang dilihat boleh mengancam
kesucian Islam iaitu acara gay yang dikatakan dirancang pada 30
September ini di Kuala Lumpur.
Menurut poster rasmi acara di media sosial, ia
dianjurkan sebagai ‘pemanas badan’ menjelang White Party Bangkok selama
tiga hari bermula 28 Disember 2017 di Bangkok. White Party Bangkok
mendakwa acaranya sebagai festival gay tahunan terbesar di Asia, yang
berlangsung di ibu negara Thailand menjelang tahun baharu.
Ismaweb, laman rasmi NGO Melayu Ikatan Muslimin
Malaysia (ISMA) yang pertama kali mendedahkan acara itu berkata, mereka
difahamkan penganjur menjemput golongan lesbian, gay, biseksual dan
transeksual (LGBT) dari seluruh negara.
Perbuatan ini adalah cubaan berterusan pendokong
LGBT untuk ‘menakluk’ Malaysia. Dalam perhimpunan haram Bersih 5.0 di
ibu kota, 19 November 2016, kelompok LGBT adalah antara kumpulan yang
turut sama menyertainya. Kehadiran golongan itu bukanlah sesuatu yang
menghairankan disebabkan tuntutan mereka untuk melakukan seks songsang
juga terkandung dalam agenda perjuangan Bersih.
Malah kehadiran bekas Ahli Parlimen Australia,
Jamie Parker iaitu seorang penyokong kuat LGBT dalam perhimpunan haram
itu turut membuktikan tuntutan hak untuk melakukan seks songsang di
negara ini. Semuanya dibuat atas nama hak asasi manusia yang tiada
batasan.
Sesiapapun tidak boleh menafikannya apatah lagi
sebahagian ‘orang kuat’ Bersih 5.0 juga adalah pihak yang sama-sama
membentuk Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) pada tahun 2013.
Kewujudan Comango pula berkait rapat dengan semakan berkala sejagat
(UPR) ke atas Malaysia yang memasuki pusingan kedua melalui Majlis Hak
Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva,
Switzerland, 24 Oktober 2013. Berikutan proses tersebut, Comango
menuntut beberapa perkara berasaskan hak asasi manusia dan sebahagiannya
jelas bertentangan dengan Islam.
Bagi umat Islam yang mentadabbur al-Quran,
membiarkan golongan begini adalah persis mengulangi perbuatan kaum Nabi
Lut yang dilaknat dan dimusnahkan oleh Allah. (rujuk al-Anfaal, ayat 80
dan 81). Dalam hal ini, Rasulullah SAW dalam hadisnya turut memberi
kenyataan yang keras bermaksud: Sesiapa yang kamu dapatinya mengamalkan
maksiat kaum Nabi Luth, maka bunuhlah peliwat dan yang diliwat.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Perbuatan songsang dan luar tabie ini juga meliputi golongan lesbian. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Jika seorang lelaki mendatangi lelaki lain (meliwatnya) maka mereka
berdua adalah penzina dan jika seorang wanita mendatangi wanita lain
(lesbian) maka mereka berdua adalah penzina. (Riwayat al-Baihaqi)
Tindakan tegas dan segera perlu diambil untuk
membendung gejala LGBT daripada menular di negara kita. Ini kerana pada
November 2014, lebih 2,000 individu dalam kalangan tersebut berjaya
dipujuk menyertai pelbagai program anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (Jawi).
Hasilnya, sebahagian besar daripada mereka kembali
menjalani kehidupan muslim yang normal.
Apa yang lebih membimbangkan, perbuatan-perbuatan
maksiat ini akan menjadi asbab turunnya bala Allah kepada kita di
Malaysia. Bala terjadi disebabkan kemurkaan Allah. Dalam hadis riwayat
imam at-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda: Apabila umat aku melakukan 15
perkara, maka halal bagi Allah menurunkan bala. Salah satu daripadanya
adalah apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis.
0 comments:
Catat Ulasan