Oleh
PERTANDINGAN tiga penjuru bukanlah tradisi PAS tetapi dimulakan pihak lain, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi.
Katanya, PAS sentiasa menumpukan kepada pertandingan berdepan dan bukannya tiga penjuru pada pilihan raya.
“Kita tak pernah mulakan tradisi pertandingan tiga penjuru. Pihak lain yang mulakan tradisi pertandingan tiga penjuru,” katanya.
Pada ucapannya di majlis minum petang jana dana jentera pilihan raya
PAS Selangor, Sallehen berkata mereka yang meninggalkan parti dan
membentuk parti baru pernah mengatakan 80% ahli PAS akan mengikuti
mereka tetapi hanya 1% orang Melayu menyokong mereka.
Parti serpihan PAS adalah Amanah yang kini menyertai Pakatan Harapan (PH) bersama-sama DAP, PKR dan Bersatu.
Sallehen berkata parti Islam itu akan bertanding di 42 kerusi di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
Beliau juga meminta ahli parti supaya tidak terpengaruh dengan
laporan yang PAS mempunyai kelebihan dalam pertandingan tiga penjuru.
Katanya, laporan itu tidak lebih daripada sekadar hiburan.
“Kerja kita adalah menyakinkan rakyat Selangor yang kita boleh uruskan negeri ini dengan baik,” katanya.
Sallehen berkata mereka yang gemar menganggu kestabilan politik negeri masih berkuasa.
“Di Selangor kita tak ada pilihan. Jika rakyat pilih Pakatan Harapan yang sebenarnya adalah Pakatan DAP.
“Jika mereka menang, tiada kestabilan politik. Kita dah ada pengalaman,” katanya.
Tambahnya lagi, masih ada pihak yang aktif menggunakan modus operandi
sama, menuduh dan memfitnah dengan niat menjatuhkan pemimpin.
Sekiranya mereka berjaya berkuasa, rakyat Selangor akan merasai ketidakstabilan politik, katanya.
“Mungkin akan ada perubahan MB setiap bulan. Atau mungkin dua kali
setahun aka nada pilihan raya kecil untuk kerusi negeri bukan disebabkan
kematian tapi kerana peletakan jawatan.
“Jika diberikan kepada Barisan Nasional, kita akan kembali macam dulu,” katanya.
Beliau juga secara berseloroh meluahkan kebimbangan yang sekiranya
Selangor jatuh kepada Umno/Bn, bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
akan menjadi tempat jual ikan atau pecahkan botol arak atau tempat
menghantar keranda.
Pada ucapan itu juga, Sallehen mengambil kesempatan menjawab dakwaan yang parti itu menerima RM90 juta.
“Jika itu benar yang kami terima duit, kita tak perlu anjurkan majlis minum petang untuk kutip dana hari ini,” katanya.
Majlis jana dana 40 meja berhasil meraih hampir RM100,000 dan
beberapa gambar berharga termasuk gambar Allahyarham Mursyidul Am Nik
Aziz Nik Mat juga dilelong.
Ditanya mengenai kedatangan pada perhimpunan “Sayangi Malaysia,
Hapuskan Kleptokrasi” semalam, Sallehen berkata dia tidak tahu mengapa
PH gagal mencapai sasaran walaupun diadakan di negeri yang menjadi pusat
PH dan mempunyai akses jalan dan maklumat yang baik.
“Kita buat Fastaqim (bulan lepas) jauh dari KL dan jalan masuk tak
berapa baik tetapi kami tak bayar orang datang. Kami guna media sosial
untuk umumkan dan kehadiran menakjubkan.
“Mungkin itu tanda penerimaan rakyat kepada PAS dan PH,” katanya.
Katanya, perhimpunan PH yang dianjurkan empat parti sepatutnya menarik lebih ramai khalayak.
“Jika PAS satu parti saya boleh tarik 200,000 orang, perhimpunan semalam patutnya sejuta atau sekurang-kurangnya 500,000.
“Mungkin itu tanda awal sokongan rakyat kepada PH,” katanya.
Perhimpunan PH di Padang Timur pada Sabtu menyaksikan kehadiran kurang 10,000 orang.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan