Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berpandangan Bajet 2018
oleh kerajaan hari ini adalah ‘bajet daun ketum’ yang bersifat jangka
pendek bukan jangka panjang yang hanya untuk menghayalkan rakyat.
Beliau menyentuh mengenai Bajet 2018 yangg dibentangkan oleh Perdana
Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak di Dewan Rakyat petang ini antara
lain ujarnya, tidak menyentuh untuk penghapusan atau pengurangan Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang menjadi punca kepada kesempitan
hidup rakyat.
“Saya anggap Bajet 2018 ialah ‘aiyak (air) daun ketum’ yang
menghayalkan yang bersifat sementara, kerana apa yang diumumkan cadangan
dan penyelesaian yang dikatakan dihadapi rakyat bersifat jangka pendek
bukan jangka panjang.
“Sebab itu tidak disentuh hal berkaitan penghapusan GST sedangkan itu
antara faktor menjadi punca kenaikan harga barang patutnya dikurangkan
kerana GST membebankan rakyat,” ujarnya ketika ditemui Malaysia
Dateline diperkarangan Dewan Rakyat.
Najib ketika membentangkan Bajet 2018 menyentuh mengenai GST tidak mahu ia dijadikan polimik dan isu politik.
Kata Najib, GST menjadi penyelamat kepada ekonomi negara tahun ini,
tanpa kutipan RM41bilion beliau tidak dapat membayangkan macam mana
negara boleh menampung perbelanjaan yang diperlukan untuk rakyat.
Pembentangan Bajet 2018 bertemakan Memakmur Ekonomi Yang Inklusif,
Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi, Menjurus Aspirasi TN50.
Menurut perdana menteri lagi mulai 1 Januari 2018 kerajaan bersetuju
untuk memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga Shah Alam dan Sungai Rasau di
Selangor; Bukit Kayu Hitam di Kedah dan; Eastern Dispersal Link di
Johor.
Kata Mahfuz lagi, ini jelas membayangkan kerajaan pimpinan Umno-BN
kini bimbang dengan pembangkang yang mendapat sokongan rakyat di tiga
negeri itu.
” Faktor pembangkang yang terlalu kuat di Kedah, Selangor dan Johor menunjukkan negeri itu bakal jatuh di tangan pakatan.
“Dulu kita (pembangkang) cadang hapuskan semua tol…semua orang kata tak boleh.
“Tapi hari ini PM membuktikan tol boleh dihapuskan walaupun beliau
tidak umum nak hapuskan semua tol, tapi dengan adanya ‘political will’
ia boleh dilakukan walaupun hanya babit beberapa negeri sahaja ,”
ujarnya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan