Dr M: Segelintir umat Islam tak hidup sebagai Muslim sebenar

PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata segelintir umat Islam yang memperlihatkan ketakwaan dengan menunaikan solat dan kewajipan-kewajipan lain, tidak mengamalkan kehidupan mereka selaras dengan kehendak al-Quran.

Bercakap pada 1 forum di Bangi, beliau berkata, umat Islam terbabit hanya akan menumpukan kepada soal “fardhu ain seperti doa, puasa, amal dan haji, (tapi) mengabaikan banyak aspek lain dalam Quran, antaranya keperluan memperlihatkan sifat-sifat kemanusiaan ke atas orang lain.

Beliau berkata pergolakan di sesetengah negara Islam adalah akibat daripada penentangan terhadap ajaran tersebut.

Merujuk kepada kumpulan pengganas Negara Islam (IS), beliau berkata, adalah jelas mereka bertindak bertentangan dengan kehendak al-Quran.

Dr Mahathir bertanya sama ada pengganas, ketika menyembelih mangsa mereka, akan menzahirkan sifat-sifat rahmat Allah sebagai mana umat Islam seharusnya lakukan ketika menyembelih binatang untuk makanan.

Justeru bekas perdana menteri berkata, itu sebabnya penting bagi umat Islam memahami al-Quran.

“Apabila saya membaca al-Quran,” katanya, “saya juga membaca terjemahan supaya saya memahami apa yang saya baca dan saya akan mengetahui sama ada terjemahan itu betul dengan membaca terjemahan lain.

“Jika saya dapati 2 atau 3 terjemahan yang sama, maka saya dengan selamat boleh menganggap terjemahan itu tepat.”
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan