Nasib Wisma TokGuru Di Salor

Oleh Mohd Sayuti Omar

Malam tadi saya mengikuti DIKEKO, dialog kedai kopi puak Amanah. Terdengar Husam Musa menjelaskan mengenai kedudukan kompleks Amanah — Wisma TokGuru di Salor. Wisma itu kini menjadi isu dan sedang diperkatakan di Kelantan kerana ia dijual dalam gelap.

Seorang peserta DIKEKO bertanyakan Husam mengenai status wisma berkenaan apabila tuan punya tanah alias bangunan itu telah menjualnya, di mana pembeliannya seorang yang bekerja di pejabat Pas Kota Bharu. Harganya tidak sampai pun sejuta, hanya RM700,000. 

Saya tidak bercadang untuk mengulas panjang perkara ini kerana itu “kes dalaman”. Cuma hendak menarik perhatian sedikit apa dijelaskan Husam bahawa pembelian itu satu konspirasi untuk menganiayakan Amanah. Itu sahaja. Kerana kalau penjualan itu ikhas tentu pemunyanya akan bertanya pihak yang menduduki bangunan itu dahulu sebelum ditawar kepada pihak lain. Melainkan pemunya juga mempunyai nawaitu yang sama.

Kalau itulah benar bermakna jelas dan nyata konspirator dalam kes ini tidak mempunyai “political sense” yang tinggi dan berniat jahat. Mereka tidak sedar dengan kospirasi itu menjadikan Amanah diperhati dan mendapat simpati.

Kalau cara itu bertujuan hendak usir Amanah, ia kesilapan, kerana perbuatan menjual tanah itu secara gelap umpama merobekkan sarang tebuan di malam hari. Iya, sarang akan robek, bersepah... tetapi tebuan masih hidup. Bila hari siang dan langit cerah tebuan akan berterangan dan akan memangkah dan menyengat setiap kepala konspirtor dan mereka sekutu dengannya. Termasuk kepala Mr Chuapong.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan