Internet jadi faktor penentu PRU, kata menteri

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, internet menjadi faktor penentu dalam pilihan raya memandangkan politik dan kempen politik kini lebih banyak bergantung kepada media dalam talian dan elektronik.

Salleh berkata, penggiat politik mula menggunakan internet pada 1998 untuk mempengaruhi pandangan umum, namun 10 tahun kemudian, rakyat Malaysia menyedari impak internet dalam mempengaruhi undi.

Dalam catatan terbaru blognya, bendahari Umno itu memetik kenyataan jutawan media, Rupert Murdoch yang menyatakan menjelang 2050, media akan menjadi dalam talian atau elektronik sepenuhnya, dan media cetak tidak wujud lagi.
  “Sebenarnya apa yang akan berlaku, ia mungkin jauh lebih awal daripada 2050,” kata Salleh sambil menambah setiap orang, terutama industri media perlu bergerak seiring masa dan menjadi celik internet.

“Malah, lebih penting kita tidak boleh merosakkan integriti media dalam talian dengan pertambahan berita palsu kerana ini akan mewujudkan masalah defisit amanah yang serius,” katanya.

Salleh menegaskan setiap orang perlu memastikan integriti media dalam talian tidak terhakis disebabkan tindakan segolongan manusia.

“Jika tidak, apa yang boleh menjadi alat sangat berharga akan menjadi stigma kerana tiada siapa yang boleh dipercayai tentang apa yang diterbitkan dalam talian,” katanya.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan