Oleh Mohd Sayuti Omar
Tentu Husam terkejut,
sedih, kesal dan serabut dengan kejadian menimpa keluarganya hari ini.
Dan tentu juga rakan-rakan yang berdekatan atau berada di Kelantan
segera ke rumahnya, bertanya khabar dan memberi semangat kepadanya.
Di sini ringkas sahaja saya nak sebut, Husam tidak perlu pun gelabah
sedih dan berdukacita mendalam atau malu atas apa yang terjadi. Apa yang
baru dirasainya itu pernah menimpa oleh gurunya, Tokguru Nik Aziz.
Pengalaman itu mungkin boleh dijadikan penawar buatnya sekeluarga.
Apa yang berlaku bukan atas kehendak dan keredhaan kita, tetapi ia
adalah takdir. Gemulah Tokguru juga menghadapi perkara sama, anaknya
ditangkap dan disiasat oleh polis, malahan ditahan dibawah Akata
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan pengganas.
Ketika
menghadapi musibah itu Tokguru tenang dan bersabar, malahan beliau
beranggapan apa yang berlaku ke atas anaknya suatu kaedah untuk Allah
bersihkan dosa anaknya.Itu pendirian dan sikap diambilnya.
Apa
lagi kalau nasib yang menimpa ke atas Syafi itu adalah termasuk dalam
satu perangkap dan konspirasi, beliau lagi tidak perlu berdukacita apa
lagi berasakan maruahnya tercemar dengan kejadian itu. Apa yang berlaku
ujian dan menjadi sunnah orang berjuang akan berdepan dengan segala
macam ujian ada yang tidak terfikir pun oleh kita.
Di sini saya
ingin utuskan sebaris kata buatnya, tabah, dan yakinlah kalau kita benar
Allah tetap membantu. Dan para penyokongnya juga rasanya sudah memahami
dengan apa yang berlaku, ia tidak menjadi seriuh itu kalau Syafi itu
bukan anak Husam bin Musa.
Manakala cacian dan ejekan musuh ia adalah
perkara lazim. Jangan sesesekali memepdulikannya.
Ujian yang
berlaku itu masih lagi kecil kerana ujian lagi besar sedia menanti
dihadapan. Itu janji Tuhan kepada orang bernama sang pejuang. Trims.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan