MALAYSIA berkembang pesat tanpa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
malah mampu membiayai beberapa projek mega berdekad lama, kata bekas
perdana menteri yang kini jadi pemimpin utama pembangkang, Dr Mahathir
Mohamad.
Dr Mahathir mengatakan kerajaan sekarang mengutip empat kali ganda
pendapatan berbanding zaman pentadbirannya dan tidak wujud keperluan
kutip GST.
"Kononnya kerajaan tak cukup duit, kena kutip GST daripada semua
orang, dan ini menyebabkan kos sara hidup meningkat dan kedai-kedai
termasuk tutup pasal GST.
"Sebenarnya kerajaan mempunyai duit yang banyak berbandingkan dahulu.
Kutipan cukai kerajaan sekarang ni empat kali ganda daripada dulu.
"Kenapa masih tak cukup duit untuk mengurus negara," kata pengerusi
Pakatan Harapan (PH) itu di hadapan hampir 1,000 peneroka Felda yang
hadir di ceramah PH di Gunung Besout 1, Tanjung Malim malam tadi.
Dr Mahathir adalah perdana menteri daripada 1981 hingga 2003. GST diperkenalkan pada April 2015.
Malaysia juga mampu membiayai dan membina beberapa projek
infrastruktur mega termasuklah Lebuhraya Utara-Selatan, Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, menaik taraf Pelabuhan Klang dan
Jambatan Pulau Pinang tanpa GST, katanya lagi.
"Kita tidak menjanjikan apa yang kita tak mampu. Kita akan hapuskan
GST, (Perdana Menteri) Najib (Razak) kata kerajaan akan tak ada duit.
"Dulu kita tak ada GST, kita bangun negara dengan pesat," katanya.
Timbalan Presiden PH Mohamad Sabu yang berucap lebih awal mengatakan
PH juga boleh melangsaikan lebih banyak hutang peneroka dengan
mengurangkan ketirisan disebabkan korupsi dalam pentadbiran.
Beliau juga mengingatkan peneroka yang pentadbiran Najib masih bergelut dengan beberapa skandal termasuklah melibatkan Felda.
Presiden PH Dr Wan Azizah Wan Ismail juga berjanji kepada peneroka
yang pengurusan Felda akan mengalami perubahan sekiranya pembangkang
berkuasa.
Pemimpin PH melawat kubu kuat BN itu dalam usaha mewujudkan perubahan
5% undi Melayu yang dikatakan boleh memenangkan mereka pada Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
Pada ceramah itu, PH juga berjaya mengutip RM1,670 derma sumbangan orang ramai.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan