Rupanya Tun Dr Mahathir Mohamad Masih Punya Banyak Modal

Oleh HAYAR HASSAN

Semenjak Laporan Siasatan Diraja Dagangan Mata Wang Asing (RCI Forex) didedahkan kepada Ahli-Ahli Parlimen Malaysia sepuloh hari lalu, kita belum mendengar komen-komen daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim(DSAI) dan Tan Sri Noor Muhamad Yakcob(TSNMY) , walau pun nama-nama mereka berdua dikatakan perlu dipertanggongjawabkan ke atas kerugian yang telah dialami oleh Bank Negara Malaysia(BNM)itu. Cuma Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang memberikan komen yang menyangkut akan perihal namanya yang cuba dikaitkan dengan kerugian tersebut.

Tun Daim Zainuddin pula ada memberikan komen, namun ianya tidak lah sehebat dengan apa yang didedahkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sehari dua ini. Dalam usia 92 tahun, ternyata Tun Dr Mahathir Mohamad masih kuat membuat penyelidikan dan membuat analisa berkaitan dengan isu kerugian Forex ini. Bagi pesara dan kebanyakan kita, baki usia emas itu akan dihabiskan untuk beramal dengan ibadah dan bermain dengan cucu serta cicit. Sesakali mungkin menghadiri majlis Reunion dengan teman-teman sekolah, sambil mengenang kembali nostalgia kisah-kisah silam.

Namun begitu tidak kepada Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad, prihatin beliau kepada masalah ekonomi Negara dan kesejahteraan rakyat begitu dekat dengan hatinya. Ternyata Tun Dr Mahathir Mohamad sukar untuk tidur lena apabila mengenangkan kemajuan Negara yang telah dibinanya selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri menjadi tidak tentu arah akhir-akhir ini.
Beliau masih mampu memerah otak dan banyak membaca. Itu lah hebatnya Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau rajin bekerja dan tidak mudah mengalah, apatah lagi kalau nama beliau sewenang-wenangnya turut dipersalahkan !

Jujur saya katakan, bagi orang yang tidak mempunyai latihan banking, accountancy and bisness, bukan lah mudah untuk kita memahami urus niaga mata wang asing ini. Kerana itu orang ramai kurang berminat untuk membicarakannya. Yang kita tahu setelah dimaklumkan, hanya lah BNM telah mengalami kerugian atas kertas sebanyak RM 31.5 Billion 30 tahun lalu (1992 – 1994).

Namanya pun urusniaga, tentulah ada untung dan rugi. Cumanya, “ Ada kah wajar BNM turut serta dalam dagangan mata wang asing semata-mata untuk mengukuhkan nilai Ringgit Malaysia(RM) daripada dipermainkan oleh penyangak mata wang asing ?”, soalan yang perlu dijawab oleh orang-orang yang betul-betul mahir dalam urusan dagangan mata wang asing.

Berbalik kepada pendedahan terkini Tun Dr Mahathir Mohamad sehari dua ini, Tun memaklumkan bahawa menurut Laporan BNM, semenjak tahun 2013 hingga 2015, Malaysia dibawah Menteri Kewangan sekarang ini telah mengalami juga kerugian sekitar RM 160 Billion (AS$ 39.6 Billion) kerana kejatuhan nilai Ringgit Malaysia. Kalau hendak dibandingkan dengan kerugian (1992 – 1994), ianya adalah 3 kali ganda lebih lagi!

Persoalannya, mengapa kah tiada siasatan dibuat ke atas kerugian terbaru ini ? Suatu persoalan baru yang perlukan penjelasan segera !

Mengambil kira bahawa perniagaan mata wang asing ini ada persamaannya dengan perdagangan saham-saham syarikat besar di bursa saham, risiko untuk rugi adalah amat besar sekali kerana ianya melibatkan jumlah wang yang besar, berbillion-billion Ringit Malaysia, ianya bukan lah suatu perniagaan yang mudah. Tidak ada kah cara-cara lain untuk menstabilkan mata wang Ringgit Malaysia ?

Apa pun, ternyata langkah yang telah diambil oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1998 dahulu untuk menambat mata wang Ringgit Malaysia pada nilai RM 3.80 bagi AS$ 1.00 adalah suatu yang tepat dan melegakan peniaga tempatan dan rakyat yang sering keluar Negara atau berurusan dengan perdagangan import eksport.

Apa tidaknya, apabila nilai mata wang kita itu telah ditambat pada suatu nilai, peniaga @penyangak mata wang asing tidak lagi berminat untuk memperniagakan nilai mata wang Ringgit Malaysia . Tentunya mereka akan beralih kepada mata wang Negara lain.

Disamping itu juga peniaga-peniaga tempatan kita menjadi mudah untuk membuat kiraan untung dan rugi apabila mereka mengimpot atau mengekspot barangan dagangan kerana nilai Ringgit Malaysia itu telah ditambat untuk suatu tempoh yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Mereka dengan mudah dapat membuat perkiraan terhadap modal dan pinjaman daripada bank yang perlu dibuat apabila perniagaan mereka itu melibatkan Ringgit Malaysia.

Bagi saya, satu kajian yang menyeluruh perlu dibuat berkaitan untong dan ruginya BNM terlibat dalam dagangan mata wang asing!

Walau apa pun, dengan pendedahan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad ini pastinya akan membuatkan penyiasatan polis keatas kerugian Forex (1992-1994) itu akan menjadi bertambah rumit lagi.

Disamping pendedahan berkaitan kerugian BNM atas kejatuhan nilai Ringgit Malaysia(RM), Tun Dr Mahathir Mohamad turut juga mendedahkan keberadaan sebuah kawasan perindustrian milik asing yang cukup mencurigakan. Lazimnya Kerajaan-Kerajaan Negeri dalam Malaysia akan menyediakan tapak dan infrastruktur-infrastruktur asas seperti seperti jalanraya, perparitan, bekalan elektrik, bekalan air, sistem pembetungan najis serta air kumbahan, telefon dan lain-lain lagi. Pengurusan kawasan-kawasan perindustrian itu pula diletakkan dibawah Pejabat Berkuasa Tempatan (PBT).

Seperti yang didedahkan oleh Tun Dr Mahathir Muhamad, kawasan perindustrian berkenaan tidak berada dibawah pengurusan PBT. Kawasan perindustrian itu seolah-olah diberikan keistimewaan yang luar biasa.

Dua pendedahan terbaru yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ini ternyata membuatkan UMNO/BN terkedu buat seketika untuk menjawabnya. Sama-sama lah kita menunggu akan jawapan yang bakal diberikan oleh Kerajaan (UMNO/BN). Ada kah akan ada jawapan-jawapan yang mantap dan menyeluruh sebagai menjawab persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ? Berbalah dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam apa hal pun memerlukan persiapan yang mantap lagi rapi ! “ Sekadar gertak sambal, tidak akan membuatkan Tun Dr Mahathir Mohamad senyap dan mengalah”, ujar seorang teman yang cukup mengkagumi sosok yang bernama Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Ada kah ada tindakan selanjutnya susulan daripada laporan polis yang telah dibuat oleh sekretariat RCI Forex berkenaan. Sama-sama kita tunggu dan lihat.














Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan