Oleh Zulkifli Sulong
AMANAH yakin dapat memenangi 20 dari 27 kerusi Parlimen yang
diperuntukkan kepadanya dengan Kota Raja di Selangor dan Kota Bharu di
Kelantan berada di kedudukan teratas.
Sumber Amanah memaklumkan, mereka hampir selesai mengkaji kesemua 27 kerusi Parlimen yang akan ditandingi parti tersebut.
"Kita gredkan kerusi kita dari A+ hingga ke D. Dari situ kita dapat
sekurang-kurangnya enam kerusi di gred A dengan Kota Raja dan Kota Bharu
di kedudukan terbaik," kata sumber itu.
Kerusi A+ dan A adalah kerusi hampir pasti menang, B+ dan B kerusi boleh menang manakala C dan D agak sukar menang.
Daripada 27 kerusi yang diperolehi Amanah, mereka meletakkan enam
kerusi di gred A, 16 di gred B manakala lima kerusi di gred C dan D.
Timbalan Presiden Amanah Salahudin Ayub ketika ditanya
mengenainya mengesahkan Amanah mengunjurkan menang di sekitar 20 kerusi
namun ia tidaklah boleh dicapai dengan mudah.
Sehubungan itu, beliau meminta semua jentera Amanah digerakkan
sepenuhnya bersama jentera Pakatan Harapan (PH) untuk mencapai sasaran
itu.
"Senario kita paling buruk adalah menang hanya enam kerusi saja,"
kata bekas ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal itu yang kini
akan bertanding di Johor, negeri kelahirannya.
Unjuran paling buruk itu dibuat oleh Invoke, badan kajian yang
ditubuhkan oleh Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, berdasarkan sokongan
hanya 25% Melayu, 65% Cina dan 30% India kepada PH.
Keyakinan Amanah tidak lari jauh dari apa yang dijangkakan oleh firma
pengkaji bebas Politweet dalam laporan mereka minggu lalu, selepas PH
memuktamadkan agihan kerusi mereka.
Menurut Politweet, jika berasaskan keputusan PRU13, Amanah boleh
menang 18 kerusi berbanding Bersatu (enam), PKR (28) dan DAP (31).
Namun dengan cara pengundian 2013, PH dijangka gagal ke Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Jika PH berjaya menaikkan pencapaiannya dua mata lagi, Amanah akan
mendapat 19 kerusi dan dengan lima mata, Amanah akan mendapat 22 kerusi.
Menurut Politweet, PH hanya akan boleh ke Putrajaya jika berjaya
meningkatkan pencapaiannya sekurang-kurangnya lima mata lagi dalam
PRU14.
Salah satu kerusi kategori terbaik Amanah adalah Kota Raja yang kini disandang ahli Parlimennya, Dr Siti Mariah Mahmud.
Dr Siti Mariah memenanginya untuk kali kedua dalam PRU13 dengan
majoriti lebih besar, 29,395 undi berbanding berbanding 20,751 pada
PRU12.
Penyumbang utamanya adalah pengundi pelbagai kaum yang menjadi pengundi majoriti di kerusi itu.
Komposisi kaum di sini adalah Melayu 44%, India (29%) manakala Cina (25%).
Dalam konvensyen Amanah Selangor 2017, Pengerusi Amanah Selangor
Izham Hashim mengumumkan, pihaknya menawarkan kerusi di Selangor kepada
presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Sejak itu, Mohamad disebut-sebut akan bertanding di Kota Raja, dan
tidak kurang juga yang berpendapat Dr Mariah akan mempertahankan kerusi
itu.
Satu lagi kerusi Amanah kategori terbaik adalah kawasan Parlimen Kota
Bharu, di Kelantan yang dijangka akan ditandingi Pengerusi PH negeri
itu, Husam Musa.
Cadangan itu disuarakan Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Abdullah dalam satu majlis pelancaran jentera pilihan raya.
Ia dipersetujui oleh Mohamad yang turut berucap dalam majlis sama di
Bunut Payong, kerusi DUN yang terletak dalam Parlimen Kota Bharu itu
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan