KUALA LUMPUR: Ahli politik mesti sedia mengorbankan kepentingan diri
sendiri sekiranya mahu menang melawan Barisan Nasional pada pilihan raya
umum akan datang.
Begitu pesan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad,
menyeru komponen gabungan itu mengutamakan tanggungjawab menyelamatkan
negara daripada pemerintahan yang didakwa “kleptokratik”.
“Kita perlu berkorban dan bertolak ansur dengan rakan-rakan. Parti kita sahaja tak mungkin kalahkan kerajaan yang ada 13 parti.
“Jadi kena kerjasama, bermakna kesanggupan berkorban apa yang dianggap hak kita supaya yang lain dapat hak mereka.
“Kesanggupan korban kepentingan diri supaya dapat agihkan kuasa dan hak dengan cara adil dan saksama.”
Dr Mahathir bercakap kepada kira-kira 600 haidirin di majlis kutipan dana PPBM di Gombak malam tadi, yang julung kali diadakan.
Tidak dapat dipastikan sama ada Dr Mahathir berpesan kepada partinya atau kepada gabungan pembangkang.
Bagaimanapun, pesanan itu diberikan sehari selepas Timbalan Presiden
PKR Datuk Seri Azmin Ali mengumumkan rundingan PKR dengan PAS tiada
kaitan dengan PH.
Azmin, yang juga menteri besar Selangor, merupakan penyokong kuat
kerjasama dengan PAS, ketika pemimpin pembangkang lain berputus asa
dengan kemungkinan kerjasama itu.
Dr Mahathir turut menyokong langkah itu, pada awalnya, tetapi
berputus asa selepas beberapa cubaan oleh gabungan pembangkang ditolak
PAS.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan