Warga Felda yang sebelum ini dikenali banyak memberi kemenangan
kepada Umno-BN diseru supaya bangkit melakukan perubahan besar pada
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Bekas pimpinan Umno di Parlimen Tampin selama 18 tahun, Azman Abdullah
berkata, perubahan tersebut penting bagi mengelak rakyat menanggung
lebih banyak masalah berkaitan kenaikan melambung kos sara hidup.
Menurut Ketua Cawangan Bersatu Dun Gemas yang ditubuhkan sejak akhir
tahun lalu itu, Umno yang pada masa ini dikepalai Datuk Seri Mohad Najib
Razak sudah tidak relevan lagi kepada rakyat.
“Di Jelai, ini kubu Umno. 70 peratus pengundinya daripada Umno. Mohon
makcik-pakcik, pimpinan Umno bahawa kita perlu membuat suatu perubahan
kerana parti Umno tidak relevan lagi untuk memperjuangkan rakyat.
“Jika kasih dan sayangkan Umno, maka kita perlu mengundi Pakatan
Harapan pada PRU-14 ini. Percayalah, kalau kita masih mengundi BN masa
akan datang, 6 peratus (kadar cukai GST) akan meningkat.
“(Kerajaan) sudah tiada sumber lagi maka (pendapatan) diambil
daripada rakyat sendiri melalui kenaikan GST,” jelasnya dalam ceramah
umum anjuran AMANAH Tampin di Felda Jelai 4, Gemas, semalam.
Untuk rekod, Felda Jelai di Gemas terletak dalam Parlimen Tampin yang
kemudiannya baru-baru ini diagih kepada AMANAH untuk ditandingi pada
PRU-14 selain Jelebu.
Sementara itu, PPBM diperuntukkan kerusi Kuala Pilah dan Jempol
manakala PKR mendapat Parlimen Teluk Kemang dan Rembau. Dua kawasan lagi
iaitu Seremban dan Rasah akan ditandingi DAP.
Pada PRU-13, Tampin dimenangi BN apabila menewaskan Pas dengan
majoriti 11,162 undi selain turut menawan Jelebu dengan majoriti 7,101
undi.
Azman, 45, turut menyifatkan Najib hanya menggunakan Umno untuk
menyelamatkan kedudukan diri sendiri dengan mengimbas reaksi penolakan
Umno akar umbi terhadap suami Datin Seri Rosmah Mansor itu sejak tiga
tahun lalu.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan