Menurutnya, pengumuman Mahfuz keluar sebagai ahli PAS umpama mencabut duri dalam daging.
"Saya gembira apabila Mahfuz keluar daripada PAS, umpama kita cabut duri dalam daging.
"Dan keluarnya dia ini lebih senang untuk PAS terutamanya di kawasan Pokok Sena fokus dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14(PRU14)," katanya kepada media, di Kota Bharu, hari ini.
Kelmarin, Mahfuz yang menjadi ahli PAS sejak lebih 30 tahun mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil bebas mulai semalam.
Bekas naib presiden PAS itu mendakwa PAS hanya memperalatkan agama bagi melipatgandakan hukuman kesalahan syariah - melalui Rang Undang-undang 355.
Beliau turut tidak berpuas hati dengan pendirian parti yang berkecuali terhadap Belanjawan 2018 serta sasaran PAS untuk hanya memenangi 40 kerusi dalam PRU14.
Sementara itu, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata, adalah lebih bagi bagi Mahfuz keluar daripada PAS.
"Sebab bila dia duduk dalam PAS dan mengkritik pimpinan, macam duri dalam daginglah. Lebih baik dia di luar, bebas nak kata apa sebab dia bukan ahli PAS lagi.
"Kalau duduk dalam PAS perkara itu (mengkritik) tidak sepatutnya berlaku," katanya.
Mengulas pengaruh terhadap keputusan Mahfuz itu, Mohd Amar berkata, ia tidak akan memberi kesan besar terhadap parti.
"Dia tak boleh menarik ramai orang PAS keluar. Mungkin ada beberapa orang seperti isteri, anak atau kawan-kawan rapat. Kesannya tidak besar," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan