AMANAH Kawasan Jerai yakin kerusi Parlimen Jerai yang dimenangi oleh
Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan tiga lagi kerusi Dewan Undangan Negeri
(Dun) akan dirampas kembali dalam PRU ke 14 oleh Pakatan Harapan (PH).
Ketua Pemuda AMANAH Kawasan Jerai, Mohd Ridzwan Arshad Ahmad berkata,
parti itu menyasarkan kemenangan PH bukan saja bagi Parlimen Jerai,
sebaliknya turut menyasarkan kerusi Dun Gurun, Sungai Limau dan Guar
Chempedak yang menang majoriti tipis pada PRU13 lalu.
“Kemenangan tipis Datuk Seri Jamil Khir Baharom dengan hanya
memperolehi majoriti 1,196 undi bukan suatu yang sukar untuk ditawan
semula.
“Berdasarkan kepada gerak kerja dan turun padang menemui pengundi,
majoriti sudah bosan dengan wakil rakyat BN yang mewakili Parlimen
Jerai, ” ujarnya selepas menziarahi beberapa
pesakit dalam program peduli rakyat di Hospital Yan, kelmarin.
Katanya, pengundi bukan saja muak dengan pelbagai masalah
infrastruktur dan kemudahan awam yang gagal dilaksanakan oleh wakil
rakyat BN tersebut, sebaliknya sikap pilih kasih yang menjadi amalan
mereka amat mengecewakan.
Justeru ujarnya lagi, AMANAH optimis kerusi Dun Sungai Limau dan
Guar Chempedak yang akan ditandingi parti itu, mampu diraih menyebelahi
PH.
“Begitu juga bagi kerusi Dun Gurun yang akan ditandingi oleh PKR,
mampu dirampas kembali dari BN yang hanya berjaya menang dengan majoriti
1,296 undi dalam PRU yang lalu.
“Sementara itu bagi Parlimen Jerai yang akan ditandingi oleh Bersatu,
kesemua komponen PH akan memberi kerjasama dan komitmen yang
bersungguh-sungguh bagi memastikan kerusi tersebut tidak jatuh kepada BN
sekali lagi,” ujarnya.
Jelas Ridzwan lagi, kemenangan kerusi Dun Sungai Limau dalam
pertandingan empat penjuru sebelum ini adalah hasil kerjasama semasa
berada dalam Pakatan Rakyat.
Namun begitu dalam situasi terkini, PH telah berjaya menambat hati
pengundi dan optimis dengan kemenangan yang mampu diperolehi daripada
hampir 28 ribu pengundi bagi Dun tersebut.
“Majoriti yang diperolehi oleh BN bagi Dun Guar Chempedak dengan
kelebihan 2,298 undi dalam PRU yang lalu bukan suatu yang sukar untuk
dirampas oleh AMANAH.
“Untuk Dun Sungai Limau yang merupakan kerusi Pas tidak sukar untuk ditawan semula oleh AMANAH dalam PRU yang akan datang.
“Saingan hebat bagi Parlimen Jerai dan ketiga-tiga Dun dalam kawasan
tersebut mampu memberi tamparan hebat bukan saja kepada BN, tetapi juga
Pas yang menjadi rakan mesra Umno, ” ujarnya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan