Pas rosak kerana wujud orang seperti ....

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Pesan Mahfuz, "Kita cuma tinggalkan parti Pas, jangan kita tinggalkan ahli Pas. Mereka sahabat kita yang membantu dan mendoakan kita. Paling kurang, jangan tinggalkan mereka dalam doa kita. Kita terus doakan kebaikan buat mereka."

2. Aku setuju dgn Mahfuz. Sepengetahuan aku, tiada orang Pas yg aku putuskan silaturrahim dgn mereka. Cuma orang Pas yg larikan diri apabila jumpa aku, buat kenduri tak jemput aku, tak mau salam, dan kalau salam tak mau tengok muka aku.

3. Doaku pula utk semua orang Islam, tanpa kecuali, tak kira orang Pas, Umno, PPBM, Keadilan atau DAP. Kalau mereka orang Islam mereka termasuk dlm doa memohon keampunan yg aku lafazkan setiap kali selepas solat.

4. Cuma soalnya ialah, sampai bilakah orang seperti YDP Pas Pdg Serai yg memilikpaskan Islam, syurga dan halal berupaya mengharmonikan hubungan orang Amanah - Pas? Sampai bilakah agamawan separuh masak sebegitu akan terus mengherat pentaksub Pas utk terserkup dlm serkup faham takfiri?

5. Dalam Pas ramai orang alim dan memahami Islam dgn baik. Tapi mengapa orang seperti YDP itu yg diangkat sebagai pemimpin, dan orang seperti itu dimartabat sabdakan cakapnya? Tiada orang lainkah selain dia? Takkanlah tidak ada orang Pas Padang Serai yg lebih stabil cara berfikirnya selain dia utk didudukkan di kerusi YDP?

6. Atau boleh jadi orang Pas memang mahukan pemimpin sebegitu utk memimpin mereka, yg memimpin dgn ketaksuban dan pemikiran mendatar dan sehala? Jika hal ini berterusan, tiada apa yg boleh dikata lagi kecuali pemimpin dan ahli Pas sendiri yg menjahanamkan Pas.

7. Sejujurnya parti Pas rosak kerana wujud orang seperti YDP Pdg Serai itulah. Cuma suatu ketika dulu pemikiran orang seperti itu berjaya dinaturalisasikan dgn wujudnya pemimpin yg berpemikiran sederhana. Namun, apabila mereka sudah tersingkir, berlakulah apa yg sudah pun berlaku.

8. Jika parti Pas ingin kembali mempersada dlm arena politik moden yg lebih terbuka, harmonis dan liberal, pemimpin seperti YDP Pas itu patut ditiadakan. Itu pun jika parti Pas mahu. Jika mereka tak mahu, orang seperti YDP Pas itu wajar diramaikan melalui program kaderisasi tersusun dan agresif.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan