Oleh A. SHUKUR HARUN
Boleh digambarkan bagaimana riuh rendahnya Pilihan Raya Umum ke-14
nanti, ketika memikirkan kira-kira tiga bulan lagi PRU itu akan
diadakan.
Demikian gamatnya dengan pelbagai spekulasi mengenainya dari pelbagai pihak.
Ianya bukan saja dari institusi kajian yang rasmi, tetapi juga
daripada pengamat politik dari kampus, media sosial, media biasa,
pemerhati politik di kalangan orang awam dan aktiivis parti politik
sendiri.
Ini menunjukkan PRU akan datang memang luar biasa dan memanglah ia wajar disebut ‘Ibu segala Pilihan Raya’.
Di mana ia akan menentukan sejauh mana kemelut yang dihadapi negara
sekarang ini akan berakhir ataupun kekal seperti sekarang, bahkan akan
lebih parah lagi.
Rakyat umumnya sangat mengarapkan perubahan, terutama kedudukan
ekonomi yang parah sekarang ini dengan harga barangan yang terus
meningkat, pengangguran yang bertambah di kalangan belia, cukai GST yang
sangat membebankan.
Ada pembuat keranda (mengambil upah) mengeluh kerana harga papan dan
beluti untuk bahan membuat keranda sudah meningkat harganya kerana lori
yang membawa papan dan beluti mengenangkan bayaran pengangkutan yang
tinggi kerana harga minyak naik dan upah pembawa lori juga naik.
Oleh itu harga keranda pun naik. Ini sangat membebankan keluarga
simati. Pendeknya semua sektor kehidupan merasai kenaikan harga
barangan.
Kemelut ekonomi memang sangat parah dirasakan oleh semua rakyat.
Tidak ada yang tidak terasa, bahkan dikalangan penyokong parti yang
memerintah juga turut terasa beban kehidupan yang semakin berat ini,
namun mereka terpaksa membisukan diri.
Pendeknya, rakyat melihat PRU yang akan datang ini sangat penting,
Kerana ia akan menentukan kemelutan ekonomi yang ada sekarang ini akan
berakhir atau tidak.
Kerana itu rakyat memerhatikan dengan cemas sama ada akan berlaku perubahan atau tidak.
Di sinilah mereka melihat, berfikir, malah, bertanya adakah gabungan
mega pmbangkang – Pakatan Harapan – mampu untuk membawa perubahan jika
mereka menang dalam PRU akan datang ini.
Rakyat sedang meneliti ikrar Pakatan Harapan jika memenangi PRU kali
ini di mana PH sudahpun berikrar untuk memulihkan kedudukan ekonomi
negara yang parah sekarang ini,
Kini kepimpinan Pakatan Harapan bermesyuart hampir setiap hari untuk
mengemaskini gerakan kempen dan mengatur strategi untuk menghadapi PRU
akan datang ini yang dilihat sangat besar cabarannya.
Malah pimpinan Pakatan Harapan sudah mengatur program siri kedua,
menjelajah seluruh negara, untuk menerangkan usaha Pakatan Harapan untuk
memulihkan ekonomi negara, memulihkan imej negara, jika ia memenangi
PRU ke-14 nanti.
Oleh itu, PRU kali ini memang sangat luar biasa dan menarik perhatian
rakyat untuk menghasilkan suatu perubaahan. Di samping itu, sungguh
menarik kerana ramainya calon yang akan bertanding serta kempen yang
tentunya hangat dan berwarna warni.
Diberitakan pertandingan mungkin lebih dari tiga penjuru, kerana
pelbagai pihak mahu menguji nasib. Umno/BN sudah tentu dengan
komponannya,sementara Pakatan Harapan dengan komponannya – PKR, DAP,
AMANAH dan PPBM. Belum lagi calon dari Pas dan sekutunya, serta calon
Bebas.
Yang menariknya, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan muncul kembali untuk
memberikan tekanan dan pengaruh, terutama terhadap pengundi Melayu. Ia
akan mengetuai keempen Pakatan Harapan di mana beliau menjadi
pengerusinyan.
Kemunginan besar beliau akan bertanding di salah satu kawasan Parlimen. Mungkin di negeri utara, bersama anaknya, Mukhriz.
Antara tokoh besar Pakatan Harapan yang akan menjadi tumpuan ialah
Mohamad Sabu, Tan Sri Muhyidin Yassin, Salahudin Ayub, Azmin Ali, Lim
Kit Siang, Lim Guan Eng, Datuk Seri Dr. Wan Aziza, Nuruh Izzah Anwar dan
beberapa tokoh lain.
Memang PRU kali ini sangat luar biasa.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan