Bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertanggungjawab menjelaskan mengapa beliau tidak mendakwa bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman semasa tempoh perkhidmatannya, kata Anggota Parlimen Pakatan Harapan, Lim Lip Eng.
Anggota Parlimen Kepong itu mempersoalkan sama ada Gani - yang berasal dari Sabah - enggan mendakwa Musa kerana mempunyai hubungan keluargaan seperti yang dilaporkan sebelum ini.
"Oleh itu, Gani, wajib menjelaskan kepada orang ramai mengapa dia tidak mendakwa Musa. Adakah Gani tidak mendakwa Musa kerana dia takut kepada Musa atau bekas PM Najib?
"Atau adakah kerana Abdul Gani ada kaitan dengan Musa? Abdul Gani mesti menjelaskan keputusannya dan jelaskan kecurigaan terhadapnya kini," kata Lim dalam satu kenyataan.
Musa,
yang merupakan ADUN Sungai Sibuga Isnin lalu menghadapi 35 tuduhan
rasuah kerana menerima sejumlah AS$ 63,293,924.88 juta (RM263 juta)
rasuah dalam kontrak pembalakan antara 2004 dan 2008.
Beliau
memohon dibicarakan terhadap tuduhan berkaitan dakwaan sogokan yang
diterima daripada 16 syarikat konsesi balak ketika menjadi pengerusi
Yayasan Sabah.
Pihak pendakwaan yang diketuai Tan Sri Gopal Sri Ram memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bahawa kes terhadap Musa telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi kes berkenaan kemudian diarahkan ditutup.
Sri Ram juga menyatakan rasa terkejut kerana Gani tidak mengarahkan Musa untuk didakwa pada masa itu.
Pada
2012, menteri undang-undang ketika itu Datuk Seri Nazri Aziz
memberitahu Dewan Rakyat bahawa tiada masalah bagi Umno Sabah untuk
menerima sumbangan RM40 juta yang diterima daripada Chia.
Dalam jawapan bertulis kepada Parlimen, Nazri juga berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.
Ini
selepas Suruhanjaya Bebas terhadap Rasuah Hong Kong (ICAC) merampas
kira-kira RM40 juta dolar Singapura pada tahun 2008, yang ditemui dalam
bagasi Chia sebelum menaiki pesawat ke Malaysia.
"Bukan sahaja seluruh menteri kabinet BN pada 2012 bertanggungjawab terhadap jenayah yang didakwa dilakukan Musa, seluruh anggota parlimen BN pada tahun itu perlu dibersihkan sekarang jika mereka bersubahat.
"Pihak berkuasa perlu menyiasat mereka jika mereka terus menafikan atau membisu," kata Lim.
Nazri baru-baru ini berkata beliau tidak pernah membersihkan Musa seperti yang didakwa pemimpin Umno Sabah itu.
Sebaliknya Nazri berkata SPRM sebenarnya membebaskan Musa dan beliau hanya membaca hasil siasatan berhubung kes itu.
0 comments:
Catat Ulasan