Oleh LATHEEFA KOYA
Memarahi kalangan pimpinan ataupun akar-umbi yang telah meluahkan
rasa tidak puas hati setelah PH membuat pengumuman calon Perdana Menteri
dan Timbalan Perdana Menteri.
Apa masalahnya? Sebelum pengumuman, seharusnya pihak pimpinan membawa
isu dan memperjelaskan di kalangan akar umbi parti masing-masing,
berbincang dengan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil dan mendengar suara
rakyat.
Ini lah sebenarnya pesan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) – mendapatkan consensus suara rakyat.
Malangnya terdapat pihak pimpinan baru sekarang nak turun nak beri
penjelasan. Terbalik!. Perkara ini sepatutnya dilakukan sebelum bukan
selepas. Proses demokrasi songsang.
Jangan salah faham. Bagi saya Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu
figura yang amat penting dan antara pimpinan yang paling rajin, tidak
erti penat berjuang melawan BN.
Tidak dinafikan peranan beliau amat penting untuk memperkukuhkan
Pakatan Harapan (PH). Tanpa beliau, sememangya PH tidak cukup suara yang
lantang.
Namun apa masalahnya?
Bagi saya, pengumuman calon PM/TPM secara tergesa-gesa adalah satu tindakan memerangkap diri sendiri dalam game BN.
Calon PM kita yang paling layak dan sesuai selama ini adalah DSAI. BN tahu dan sedar itu. Jadi apa yang dilakukannya.
Mereka tangkap, dan menyabitkan DSAI, dan memenjarakan beliau.
Kemudian BN tanya kita balik – eh siapa calon PM kamu? Siapa calon PM
kamu? Apa jawapan kita.. tak tau..jap alamak siapa eh? Cepat, kita kena
umumkan sebab BN dah tanya ni…
BN yang mensabitkan DSAI sebagai tidak layak bertanding. Tetapi kita
yang macam bodoh ulang-ulang DSAI tidak layak, jadi kita kena cari orang
lain..mudahnya nak patahkan perjuangan kita ini.
Rakyat tahu, jika PH menang dan dapat kuasa, sudah tentu kita boleh
memperbetulkan segala kesalahan dan kezaliman yang dilakukan terhadap
DSAI. Tidak perlulah kita memberi butiran secara detail strategi kepada
musuh apakah perancangan, siap beri langkah demi langkah.. tidak bijak
langsung!
Akhir sekali ada satu lagi golongan yang suka memfitnah dan amat
dengki dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Mereka lupa peranan beliau
yang amat penting dalam memastikan PH boleh berfungsi secara efekitif.
Perlukah saya ingatkan bahawa:-
1) Azmin Ali adalah arkitek yang menemukan Tun M dan
DSAI pada 5 September 2016 yang lalu sehingga gabungan dua tokoh ini
telah mencetuskan harapan kepada negara ini. Pimpinan yang lain bukan
sahaja mengecam tetapi siap mensabotaj dan cuba memecah-belahkan mereka
dua ini. Lupakah kita kerja jahat mat bocor a.k.a budak kecik, kejap
sokong, kejap menghentam.
Azmin konsisten dan memandang jauh strategi ini. Walaupun dihina
sebagai pengkhianat dan sebagainya, beliau tahu adalah amat penting DSAI
dan Tun M bertemu dan dilihat menggembeling segala tenaga.
2) Azmin Ali juga yang telah mencabar SPR di
Mahkamah atas isu persempadanan sehingga berjaya mendapatkan perintah
penggantungan untuk selama setahun lebih, yang memberi tempoh masa yang
agak lumayan bagi pihak PH untuk menguruskan organisasi mereka ini. Jika
Azmin Ali tidak membuat cabaran ini – sudah lama PRU dipanggil dan PH
tidak mampu bersedia. Ada sesiapa ucapkan terima kasih? Tidak. Langsung
tiada terima kash. Sebaliknya sehingga hari ini, beliau dikecam dan
dituduh sebagai not team player!
3) Yang penting sekali, atas pentadbiran Kerajaan
Negeri yang cekap dan cemerlang dengan polisi-polisi pro rakyat seperti
Peduli Rakyat, Peduli Sihat dan sebagainya, Azmin telah memberi PH satu
negeri contoh atau “showcase” bagi PH. Beliau melakukan ini dalam
keadaan yang amat tertekan, cabaran yang tanpa terhenti-henti. Ada
sesiapa ucap syabas kepada beliau? Hanya rakyat dan orang ramai yang
mengucapkan terima kasih. Malangnya segelintir pimpinan dari PH– hanya
tahu mengeluarkan kata-kata dengki, menuduh Azmin sebagai pengkhianat
dan kononnya ada agenda sendiri.
Oleh itu saya ingin mengatakan bahawa, kalau betul-betul mahu move
on, ketepikanlah hasad dengki kamu, hentikan cucuk mencucuk dan fokus
kepada musuh kamu iaitu BN/Umno.
Penulis adalah Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan