Notis kedua persempadanan kawasan pilihan raya yang dikemukakan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Selangor sangat jelas mahu membantu
Umno mengambil alih tujuh kerusi negeri yang diperlukan Barisan Nasional
(BN) untuk menang di Selangor.
Ia membenarkan tohmahan pelbagai pihak sebelum ini bahawa SPR sudah
menjadi salah satu komponen BN dan kerjanya kini memberikan talian hayat
kepadanya menjelang pilihan raya umum ke 14 (PRU 14).
Menurut kajian yang dibuat oleh Dr Ong Kian Ming, enam kerusi itu
adalah Ijok, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Chempaka (ditukar nama kepada
Pandan Indah), Morib dan Sijangkang.
Lima darinya adalah kerusi yang dimenangi Pas sebelum ini manakala Ijok dimenangi PKR.
Ia dilakukan dengan mengeluarkan pengundi Cina dan memasukkan pengundi Melayu ke kawasan berkenaan.
“Bagi Pas mungkin ia menguntungkan selepas pengundi Cina tidak lagi
bersama parti itu tetapi bagi PH, ia satu usaha untuk mengekang
kemaraannya ke Putrajaya dan mengekalkan kerajaan negeri Selangor,” kata
seorang penganalisis.
Dalam PRU 13, BN mendapat 12 kerusi negeri. Tindakan ini pada
dasarnya akan membolehkan BN mendapat 19 kerusi dari 56 kerusi negeri di
Selangor jika cara pengundian PRU 13 kekal.
Satu
lagi kerusi iaitu Bukit Antarabangsa yang dimenangi oleh menteri besar,
Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula ditambah pengundi Cina.
Ini dibuat dengan andaian Azmin tidak lagi mendapat sokongan pengundi
Cina selepas dilihat mahu berbaik-baik dengan Pas sebelum ini, kata
penganalisis itu yang tidak mahu dinamakan.
Di sini, pengundi Melayu telah dikurangkan kepada 41.6% dari 57.1% semasa PRU 13 lalu.
Pengundi Cina pula dinaikkan dari 35.6% kepada 50.5% menjadikan
kawasan ini kini bermajoritikan pengundi Cina, kata Ong Kian Ming
Kerusi Chempaka yang dimenangi oleh Exco Selangor yang juga naib
presiden Pas, Iskandar Samad dengan majoriti 9,608 kini ditukar nama
kepada Pandan Indah selepas dimasukkan pengundi Melayu.
Dari hanya 53% pengundi Melayu, kini menjadi 61.7% pengundi Melayu.
Pengundi Cina pula dikurangkan dari 38.6% kepada 30.3%.
Dua kerusi negeri yang kini diwakili AMANAH, Hulu Klang dan Morib,
juga teruk dikerjakan oleh SPR yang sudah dianggap salah satu komponen
Barisan Nasional (BN) kini.
Di Hulung Klang, pengundi Melayu dinaikkan dari 80.8% kepada 86.6% manakala pengundi Cina dikurangkan dari 14.1% kepada 8.5%.
Kerusi ini dimenangi oleh Saari Sungib yang kini menyertai AMANAH. Beliau menang dengan majoriti 2,881 dalam PRU 13 lalu.
Di Morib, pengundi Melayu dinaikkan dari 62.5% kepada 73.4%, kenaikan 10.9%.
Pengundi Cina pula diturunkan dari 20.8% kepada hanya 11.2%.
Dalam PRU 13 lalu, calon Pas yang kini menyertai AMANAH Hasnul Baharudin menang dengan majoriti 2,942.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan