Wanita Pakatan Harapan (PH) mahu satu polisi dilaksanakan untuk
mewajarkan 30 peratus pembabitan wanita termasuklah menjadi perdana
menteri.
Pandangan ini dilontar Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Wan
Azizah Wan Ismail ketika ditanya media kemungkinan 30 peratus itu turut
meletakkan wanita sebagai calon Perdana Menteri.
“Buat masa ini polisi kita 30 peratus pembabitan wanita. Ramai calon
yang layak, kita melihat bahawa faktor ‘winable posibility’ untuk nak
ketengahkan calon wanita. Wanita juga boleh menjadi calon PM,” ujarnya
dalam sidang media yang diadakan selepas Pelancaran Wanita PH Malaysia
dan Agenda Wanita Malaysia di Dewan Sri Chempaka, Saujana Impian, Kajang
hari ini.
Dalam sidang media sama Ketua Wanita PH Zuraida Kamaruddin pula
berkata, parti-parti dalam gabungan sedang berusaha untuk menyenaraikan
calon-calon bagi pilihan raya.
“Agenda wanita di negara ini dari segi ekonomi, sosial, kebudayaan,
politik dan kesihatan untuk memperkasakan wanita Pakatan Harapan.
“Kita juga berjaya melaksanakan agenda yang dibawa wanita PH di Selangor dan Pulau Pinang.
“Dengan PRU akan datang kawasan-kawsaan yang dipertandingkan akan
memberikan sokongan yang lebih kepada calon wanita PH. Kita akan turun
menjelajah seluruh negara untuk menerangkan agenda wanita PH ini,”
ujarnya.
Manakala Timbalan Presiden Wanita PH Chong Eng pula berkata, kami
dari PH mahu membuktikan kepada rakyat PH adalah pemerintah yang
mendahului kepentingan wanita.
“Kita adalah pemerintah peduli kepada wanita, pemerintah yang
berkualiti terutama kepada lebih mesra ibu yang bekerja dengan kehidupan
keluarganya.
“Kita harap lebih ramai wanita di Malaysia dapat bersama PH untuk bersama Wanita PH,” ujarnya.
Dalam majlis yang dihadiri seramai lebih kurang 1,000 wanita PH
seluruh negeri itu Wan Azizah yang juga Presiden PKR telah
menandatangani plug Agenda Wanita Malaysia dan sekali gus melancarkan
pembentukan Wanita PH Selangor.
Satu majlis penyerahan Dokumen Agenda Wanita Malaysia (AWM) telah
diserahkan kepada Ketua Wanita PH Negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan