Wanita PH pilihan terbaik rakyat untuk bela wanita Malaysia

Pergerakan Wanita dan Puteri Umno dilihat tidak prihatin terhadap golongan wanita apabila mereka tidak memperjuangkan kesusahan rakyat berbanding membela kepimpinan yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa selama BN memerintah negara.

Timbalan Ketua Wanita PH Rina Mohd Harun berkata, Wanita PH Malaysia akan mengemudi negara ini membina nasib keluarga dan generasi Malaysia akan datang untuk membina semula negara.
“Sebanyak 48% adalah golongan wanita manakala 51% pengundi adalah wanita, yang akan membawa harapan rakyat kerana wanita BN yang didominasi Pergerakan Wanita dan Puteri Umno itu hanya membela nasib perompak dan penyangak.

“Bolehlah dikatakan bahawa  wanita BN sudah 60 tahun diberi peluang berkuasa membisu seribu bahasa apabila kos sara hidup rakyat tidak terkawal, pengangguran graduan wanita, harta negara digadai pada orang asing, GST dan harga barang naik setiap hari.

“Paling kronik lagi wanita BN ini hanya lantang bersuara tentang ketakutan mereka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Mereka sibuk bersuara melalui agen mereka di luar PH dan dalam kalangan ahli dalam  PH untuk meruntuhkan perpaduan PH.

“Jelas agenda meningkatkan ekonomi wanita dan kesejahteraan keluarga bukan lagi agenda mereka. Wanita BN tidak ada lagi penyokong, terpaksa mengunakan wanita pengkhianat bangsa yang keluar daripada PH untuk membantu mereka menentang kita,” ujarnya dalam ucapan aluannya hari ini.

Rina yang juga Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, dengan kekuatan wanita PH menyebabkan wanita Umno-BN merasakan tergugat dengan keberadaan wanita PH di barisan depan PH.

Justeru, beliau merayu semua ahli dan pemimpin PH agar terus meningkatkan kesatuan, matlamat dan gerak kerja agar agenda Wanita HP dapat dilaksanakan sekiranya PH menang pilihan raya akan datang.

“Agenda Wanita PH telah mendapat kesepakatan empat parti gabungan. Ini bukan syok sendiri. Wanita PH adalah pilihan terbaik rakyat untuk membela wanita Malaysia.
“Lupakan wanita BN tinggalkan Wanita dan Puteri Umno. Mereka hanya perompak bukan pembela rakyat,” ujarnya.

Justeru katanya, Wanita PH sebenarnya yang membawa harapan rakyat.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan