Oleh Aliran
Baru-baru ini, Mahkamah Sesyen Ipoh telah menjatuhkan hukuman selama
sebulan penjara dan denda sebanyak RM30,000 terhadap kartunis dan
penulis politik, Fahmi Reza selepas beliau didapati bersalah dibawah
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Aliran berasa amat terkejut dengan hukuman keras yang dijatuhkan hanya
kerana mempersendakan pemimpin dan institusi yang menyokong mereka.
Ini adalah di antara undang-undang menindas (termasuk Akta Hasutan)
yang digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk "mendiamkan" suara-suara
yang pengkritik dan menakut-nakutkan mereka.
Tujuan wujudnya undang-undang ‘draconian’ seperti ini adalah untuk
membenarkan kerajaan mentafsirkan peruntukkan undang-undang mengikut
agenda mereka iaitu dengan mengekalkan kuasa mereka dan mendiamkan
sesiapa yang mengkritik.
Fahmi telah didakwa dan didapati bersalah dibawah Seksyen 233(1)(a) yang menyatakan secara meluas:
Seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau
perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar telah
membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan memulakan penghantaran
apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lucah, sumbang,
palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati,
menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain
Ramai yang tidak faham bagaimana karikatur tentang penyalahgunaan kuasa
di media sosial dilihat sebagai satu ancaman dan menyingung perasaan.
Jika diteliti dengan lebih mendalam, tujuan seksyen ini adalah untuk
mengatasi isu buli diatas talian yang berleluasa di media sosial. Bukan
untuk melindungi kerajaan daripada dikritik.
Ini jelas sekali memperlihatkan bagaimana kerajaan mengunakan tukul untuk menghentam pengkritik di media sehingga mereka akur.
Kita juga tertanya-tanya bagaimana sebuah kerajaan yang mempunyai semua
jentera kuasa melihat dirinya sebagai mangsa buli di atas talian dan
perlukan perlindungan undang-undang.
Selain itu, terdapat juga persoalan di mana terdapatnya pelanggaran hak
Fahmi untuk kebebasan bersuara seperti yang termaktub di dalam Perkara
10, Perlembagaan Persekutuan dan ditegakkan oleh perjanjian antarabangsa
hak asasi manusia.
Seperti yang kita sedia maklum, Perlembagaan Persekutuan adalah
undang-undang tertinggi negara kita dan sebarang pelanggaran terhadap
kebebasan bersuara dan berekspresi adalah tidak berpelembagaan kecuali
atas sebab luar biasa dan penting.
Terkini, Fahmi mencabar adakah Akta Komunikasi dan Multimedia mengikut
perlembagaan, dan kami berharap beliau berjaya mendesak agar
undang-undang yang menindas ini ditarik balik.
Fahmi juga telah menubuhkan satu tabung bagi mengumpul dana untuk membayar denda RM30,000 melalui penjualan barangan.
Kepada yang ingin membantu Fahmi mengumpul dana boleh ke laman facebook beliau.
Rakyat Malaysia mesti bangun dan pertahankan kebebasan bersuara dan
ekpresi seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan