Ahli Parlimen Pas bagi kerusi Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman
Razali menerima serangan bertubi-tubi daripada pengguna laman sosial
berikutan rakaman video ucapan beliau mengenai prinsip perjuangan Pas
dan soal penentangan Pas terhadap Umno-Barisan Nasional (BN).
Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS itu dikecam kerana
didakwa berkata bohong kerana apa yang dilakukan Pas mutakhir ini kata
pengguna laman sosial, jelas bertentangan dengan apa yang dikatakannya.
Salah satu daripada yang dibangkitkan pengguna laman sosial adalah
soal pembelaan Pas dalam kes Indira Ghandi yang menurut Khairuddin
berbeza dengan AMANAH, yang katanya mengetepikan hukum Islam.
“Sedarkah Pas bahawa Enakmen Pentadbiran Islam Terengganu 2001 yang
diluluskan semasa pemerintahan Haji Hadi juga memperuntukkan kebenaran
bapa dan ibu adalah diperlukan bagi anak bawah umur untuk memeluk
Islam,” kata salah seorang daripada mereka.
Kata yang lain, “goreng Ustaz goreng, meniaga agama lebih
menguntungkan daripada berniaga karbon kredit dan balak serta alat
kosmetik”.
Dakwaan beliau, bahawa Pas konsisten membangkitkan dan penyelewengan
Umno-BN di parlimen juga hebat dicemuh pengguna laman sosial.
Begitu juga dengan saranan beliau agar parti lain terutama AMANAH
agar menyisih dan membiarkan Pas satu lawan satu dengan Umno-BN pada
PRU14 untuk menewaskan Umno.
Kata khairuddin, parti-parti yang ada dalam Pakatan Harapan (PH)
adalah parti-parti baharu, justeru biarkan Pas yang menentang Umno-BN
kerana Pas dari dahulu lagi konsisten menentang Umno-BN.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan