Senarai terakhir di tangan Najib


KUALA NERUS - Senarai terakhir calon BN bagi PRU14 hanya akan ditentukan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas rundingan bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri selaku pengerusi BN negeri.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, desas desus yang menyatakan senarai calon itu sudah bocor adalah sesuatu yang biasa.

Bagaimanapun katanya, hanya calon yang menepati kriteria yang ditetapkan akan dipilih.

"Kita tidak boleh hentikan spekulasi dan kita tak mampu untuk menutup mulut tempayan walaupun mulut tempayan boleh ditutup. Namun, kita harus akur dengan calon-calon yang dimuktamadkan akhir nanti oleh PM," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Ekspo Terengganu 2018 yang diadakan di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, hari ini.

Ketika ditanya tentang ramai yang mula memasang impian untuk bergelar calon pada PRU14 nanti, Zahid sambil berseloroh berkata, angan-angan tidak perlu dibayar.

Bagaimanapun katanya, BN mempunyai metadologi bagi pemilihan calon dan bukan berdasarkan angan-angan berkenaan.

"Uji kaji yang pihak kami lakukan adalah berdasarkan kriteria siapakah individu yang disenangi oleh para pengundi dan ada daya kemenangan pada calon berkenaan, disamping mempunyai daya masa depan yang dapat menjaga kepentingan para pengundinya.

"Kita nak mewujudkan rasa kekitaan di kalangan wakil rakyat yang boleh diketengahkan di peringkat negeri dan peringkat nasional dan ini kriteria yang diambil bagi calon pilihanraya kita kali ini, " katanya.

Beliau menambah, kerajaan akan melipat gandakan usaha membantu rakyat negeri ini jika mandat yang lebih perkasa dapat diterjemahkan pada pilihanraya akan datang.

Tegasnya, sesuatu kejayaan itu akan dapat dicapai apabila terdapat kesatupaduan antara semua pihak untuk mendokong kepimpinan di Terengganu.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan