Oleh Saifuddin Nasution Ismail
Pada kesempatan ini, saya mewakili pimpinan PKR mengucapkan ‘Xin Nian
Kuai Le’ dan ‘Gong Xi Fa Cai’ kepada semua rakyat berketurunan Cina di
Malaysia.
Semoga sambutan tahun baru kali ini dapat memberikan kebahagiaan dan kegembiraan.
Perpaduan sesama rakyat Malaysia perlu dijalin demi kemaslahatan negara
dan seterusnya berhasrat untuk menjadikan negara ini senantiasa makmur,
bebas daripada rasuah dan rakyatnya hidup dalam kerukunan serta
harmoni.
Justeru, bersempena sambutan Tahun Baru Cina ini, saya menyeru semua
rakyat Malaysia untuk terus beriltizam meneruskan usaha bagi memastikan
setiap perbezaan agama dan fahaman politik dihormati sewajarnya dan
titik persefahaman perlu dicapai demi merealisasikan matlamat ini.
Saban tahun lebih-lebih lagi apabila menjelangnya Pilihan Raya Umum
(PRU), kita akan menyaksikan usaha-usaha oleh pihak Umno-Barisan
Nasional (BN) untuk melemahkan perpaduan rakyat Malaysia dengan
menggunakan platform media arus perdana yang dikuasai mereka.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mengingatkan agar sentiasa berwaspada
dan tidak terpengaruh dengan tindakan yang boleh membawa kepada
ketegangan terutamanya apabila isu-isu berkaitan dengan kaum dan agama
cuba dipermainkan.
Suka saya menegaskan bahawa tiada sebarang ruang untuk prejudis
perkauman dan perbalahan agama berlaku di negara ini dan saya sentiasa
berdoa agar keharmonian akan kekal utuh.
Wajar diketahui bahawa Pakatan Harapan sentiasa menzahirkan perpaduan
melalui perkongsian kuasa antara parti-parti komponen – PKR, Amanah,
DAP, PPBM – sebagai usaha untuk mentadbir negara ini menjadi lebih baik
berbanding pemerintahan BN demi keharmonian dan kesejahteraan seluruh
rakyatnya.
Usaha ini tidak sekali-kali akan menggugat kedaulatan sultan Melayu dan hak istimewa orang Melayu serta Bumiputera lain.
Akhir kata, saya juga berharap agar tahun baru akan membawa lebih
kemakmuran dan keamanan kepada negara tercinta ini. Gong Xi Fa Cai.
* Datuk Saifuddin Nasution Ismail adalah setiausaha agung PKR
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan