Ucapan Abdul Hadi Punca Pecah Belah Bukannya Penubuhan Amanah

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Kata Abdul Hadi, “Amanah wujud untuk memecah-belahkan umat Islam, undi Melayu dan bagi talian hayat kepada Umno untuk menang."

2. Abdul Hadi lupa sejarah penubuhan Amanah dan tak nampak realiti gerak kerja politik Amanah masa kini. Amanah wujud selepas Pas dilihat semakin hari semakin lunak dgn Umno melalui idea UG.


3. Lupakah Abdul Hadi kpd rundingan belakang tabir dan pertemuan rahsia pemimpin Pas dan Umno yg berlangsung bukan sekali?

4. Kalau Abdul Hadi lupa, bolehlah dia merujuk kpd Nasharuddin Mat Isa, Nik Abduh dan Nasruddin Hassan. Tentu mereka tahu dan ingat. Takkan mereka pun lupa juga?

5. Pemimpin Pas yg tak setuju dgn langkah Pas itu sudah keluar Pas dan bersama Amanah. Siapa yg bagi talian hayat kpd Umno dlm semua catatan sejarah itu kalau bukan Pas? Mengapa Pas yg buat, tapi Amanah yg kena?

6. Selepas itu, Pas berslogan politik matang dan sejahtera diikuti dgn puji-pujian pemimpin Pas kpd Najib, puas hati dgn 1MDB dan anggap Najib lebih baik drpd semua PM sebelumnya? Takkan Abdul Hadi tak tahu hal itu?

7. Amanah wujud selepas Pas putuskan hubungan politik dgn DAP dan PKR melalui muktamarnya. PR pecah sedangkan PR adalah ancaman kpd Umno. Bukankah tindakan memecahkan PR adalah talian hayat kpd Umno? Siapa yg buat?

8. Umno tahu, kalau Pas kekal bersama PR, pasti BN akan tewas dlm PRU. Umno tahu hal itu, lalu dedak ditabur dan disambar oleh pemimpin Pas. Umno seronok kerana PR berpecah. Abdul Hadi tak tahu sejarah ini?

9. Pecahnya PR angkara Pas adalah talian hayat utk Umno. PR pecah kerana keputusan politik Pas yg dangkal. Amanah lahir utk pastikan Umno tumbang, dan atas asas itulah PH diwujudkan sebagai ganti kpd PR.

10. Abdul Hadi kata, Amanah punca perpecahan umat Islam. Sejak bila pula Abdul Hadi jadi jurucakap Umno? Semua orang tahu, punca perpecahan umat Islam adalah Umno. Amalan politik dendam dan pilih kasih Umno adalah punca perpecahan.

11. Abdul Hadi tak nampakkah Umno yg mengamalkan diskriminasi ekonomi dan politik sebagai punca perpecahan orang Melayu dan Islam? Sebab itu Umno perlu ditumpaskan untuk menyatukan orang Islam dlm suatu asas iaitu menegakkan keadilan utk semua.

12. Mungkin Abdul Hadi lupa suatu hakikat iaitu ucapannya yg diangkat sebagai amanat. Amanat itulah yg mencerai-beraikan suami isteri, mewujudkan dua jamaah solat Jumaat, menyuburkan faham takfir dan membatalkan hasrat pasangan yg ingin berkahwin? Itu bukan pemecah-belah?

13. Bukankah Abdul Hadi antara penyumbang perpecahan umat Islam yg kesannya terus dirasa sampai ke hari ini melalui amanat itu? Mengapa Abdul Hadi lupa atau buat-buat lupa?

14. Abdul Hadi tak akan mengaku kesilapan percaturan politiknya walaupun kesilapan itu nyata dan disebut berulangkaji. Dia lebih selesa menyalahkan orang lain, seolah-olah dirinya suci murni.

15. Pentaksubnya pula terus menyanjungnya tanpa berani menegurnya. Dia punca masalah, orang lain yg disalahkan. Dia pukul orang, dia yg menangis.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan