Masyarakat Titi Serong rai kehadiran Hasnul

Mini Karnival Pakatan Harapan (PH) yang diadakan di Dewan Orang Ramai Bagan Tiang anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Buntar dan Penyelaras Dun Titi Serong pada 25 Februari 2018 mendapat sambutan di luar jangkaan daripada masyarakat setempat.

Aktiviti yang dijalankan pada sebelah pagi antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak sekolah rendah, acara isi air dalam botol, memasukkan benang dalam straw, bowling buah kelapa dan acara yang paling meriah adalah baling belon air.

Masyarakat setempat menunggu sehingga ke saat akhir program kerana disediakan 30 hamper cabutan bertuah.

Pada sebelah petang Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain dan aktivis PH Parit Buntar menyantuni 15 keluarga masyarakat India sambil menyerahkan sumbangan keperluan dapur kepada mereka.

Aktiviti lewat petang turut dimeriahkan dengan perlawanan persahabatan santai bersama pasukan bola sepak tempatan.

Pada sebelah malam Hasnul dan beberapa pimpinan PH mengadakan ceramah kelompok bersama masyarakat setempat untuk berdialog berkenaan isu-isu semasa dan setempat.
Menurut Hairul Nizam, seorang pemuda anak jati Parit Buntar, beliau dan rakan-rakannya menyambut baik kehadiran Hasnul ke Parit Buntar.

Hasnul Zulkarnain dan aktivis Pakatan Harapan (PH) Parit Buntar menyantuni 15 keluarga masyarakat India sambil menyerahkan sumbangan keperluan dapur kepada mereka.
Pada bulan lepas, Hasnul dan Pemuda PH telah mengadakan pertandingan Futsal Piala Ketua Pemuda PH Perak di sini dan sambutannya amat mengejutkan penduduk tempatan.

Haji Firdaus orang lama di Tanjung piandang ketika ditemubual sewaktu karnival berlangsung, beliau amat tertarik dengan kesantunan Hasnul bersama penduduk di sini walaupun Hasnul bukan anak jati di situ.

Dan beliau bersedia untuk membantu Hasnul sekiranya tercalon sebagai calon di Titi Serong.
Hasnul merupakan Ketua Pemuda AMANAH Negeri perak dan beliau juga mengetuai Pemuda PH peringkat negeri perak bersama gabungan empat parti komponen iaitu Pemuda Bersatu, AMK, DAPSY dan Pemuda AMANAH.

Ketika diaju soalan adakah beliau akan bertanding di Titi Serong pada PRU14 akan datang, hHasnul berkata, saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai penyelaras Dun Titi Serong seperti diarahkan oleh kepimpinan AMANAH Negeri Perak.

Semua keputusan penentuan calon diserahkan kepada kepimpinan tertinggi AMANAH di peringkat negeri dan nasional, kata beliau.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan