Peniaga pasar akui hasil jualan jatuh 50 peratus

Oleh Arif Atan

Tinjauan di Pasar Minggu Changkat Jering mendapati rata-rata peniaga mengeluh dengan situasi mutakhir kuasa membeli pengguna ekoran kejatuhan nilai ringgit serta pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Walaupun dilihat ramai pengunjung tetapi mereka memberitahu pembelian tidak lagi rancak seperti beberapa tahun lalu. Bahkan, terdapat peniaga mendakwa hasil jualan merudum sehingga 50 peratus berbanding tahun lepas.
Peniaga buah-buahan, Yusmizan Mat Yusof, 41, berkata, tiada seorang peniaga kecil seperti mereka yang menyambut baik pelaksanaan GST sejak 1 April 2015 itu lantaran mengundang rantaian kenaikan kos bekalan.

“Pasal GST, peniaga tertekan sebab kita terpaksa ambil barang sudah mahal. Nilai ringgit kita dengan Thailand pun jauh berbeza.

“Duit kita jatuh teruk. Harga barang naik lebih 20 peratus berbanding tahun lepas.
“Kami ambil barang dari Thailand yang sudah sedia bertambah mahal. Jadi, kami terpaksa jual barang lebih mahal daripada sebelum GST (dikuatkuasakan),” ujarnya ketika ditemui semalam.

Beliau memberitahu trend pembeli kurang berbelanja semakin ketara setiap tahun sekali gus mengundang kebimbangan tentang masa depan mereka yang bergantung sumber rezeki pada aktiviti berniaga di pasar.

“Tahun ini terasa sangat orang kurang berbelanja. Tahun lepas boleh gagah lagi. Tahun ini tambah teruk.

Yusmizan Mat Yusof

“Walaupun orang ramai datang, belinya kurang. Semua peniaga begitu, merungut (pembeli berkurang).

“Kalau saya berniaga di Pasar Changkat Jering dulu, boleh dapat RM1,500 sehari. Sekarang ini sekitar RM700 saja.

“Bahkan, merata pasar malam seperti Taman Batu Dua Setengah pun sama, semua (hasil jualan) jatuh,” katanya yang sudah tiga tahun berniaga di Pasar Minggu Changkat Jering.

Yusmizan yang berniaga di tujuh lokasi berbeza sepanjang minggu itu berkata, sumber pendapatan golongan peniaga sepertinya akan terjejas jika harga barang terus mahal ekoran margin keuntungan yang semakin kecil.

“Kalau boleh, kami mahu harga barang turun. Orang boleh beli banyak. Kalau orang tak boleh beli banyak, kami peniaga kecil tak boleh hidup,” luah bapa kepada tiga anak tersebut.

Sehubungan itu, Yusmizan secara terbuka menyeru rakyat negara ini termasuk masyarakat di kawasan luar bandar untuk berani melakukan perubahan dengan mengundi Pakatan Harapan.

“Pilihan raya akan datang, kita tukar kerajaanlah. Tiada GST. Harga barang boleh turun,” katanya lagi sebelum didatangi rombongan Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Mohamad Sabu.

Presiden AMANAH berkenaan dan pimpinan Bersatu Perak dalam siri ramah mesra bersama peniaga serta pengunjung di pasar itu sempena Ceramah Jelajah Pakatan Harapan #Kamunting 3.3 di kaki Bukit Jana malam tadi.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan