MP Pas pun pernah didakwa kerana rasuah…

Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN

Seorang doktor gigi dari Terengganu tapi duduk di Kelantan daripada parti suci agak aktif beri kenyataan untuk membela parti suci.

Seseorang whatsapp kat saya pagi ini kenyataan terbaru Dr Gigi ini yang nampaknya berbangga dengan jawapan Menteri JPM di Dewan Rakyat bahawa dalam tempoh 2013-2017 seramai 92 pemimpin politik disiasat oleh SPRM di mana statistiknya BN 71 dan PH 21.

Menteri tak sebut pun parti suci. Mungkin tak relevan kot. Anyway, Dr Gigi ini kata parti suci kosong (0). Jangan otak pun kosong udah le!

Oklah tahniah kerana parti suci kosong. Tapi tak kesian ke kepada BN yang 71 tu? Bukankan BN kini dah makin baik dengan parti kamu dan parti kamu pula makin mesra dengan mereka?

Satu lagi bila SPRM tak siasat atau tak dakwa tak semestinya orang tak lakukan rasuah. Misalnya, terima wang RM2.6 bilion (US$ 618 juta) dalam akaun peribadi, tak didakwa walaupun dalam Akta SPRM adalah rasuah.

Samalah hanya kerana orang tak pergi jumpa Dr Gigi bukan bermakna tak ada orang yang tak sakit gigi.

Tapi, yang lucunya sang Dr Gigi ini dalam sibuk memuji dan memuja parti suci terbabas dan terlajak.
Dia kata “dalam tempoh 28 tahun masakan tak ada seorang pun anggota pentadbiran negeri sama ada MB, exco atau wakil rakyat yang disiasat oleh SPRM”.

Not too soon Dr Gigi. Wakil Rakyat parti suci dari Kelantan ada yang kena siasat dan didakwa oleh SPRM dalam tempoh 28 tahun tu.

Tak ingat ke kes mantan YB Jeli dulu yang pernah didakwa dengan 13 pertuduhan ?

Takpe lah kita kena fair lah. Mantan YB Jeli tu dibebaskan mahkamah akhirnya. Isunya ada wakil rakyat parti suci disiasat dan didakwa dalam tempoh 28 tahun tu.

Takpe lah Dr Gigi. Kadangkala manusia alpa atau lupa. Ibarat bila dah lama sangat cabut gigi orang kita pun lupa berapa banyak gigi kita dah cabut!

Apa pun dalam isu rasuah ni jangan dok seronok dengan statistik je! Persepsi rakyat pun kena ambil kira!
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan