Pakatan Harapan ucap ‘tahniah’ polis halang ceramah guna treler

Oleh Arif Atan

Pentas ceramah berlatar belakangkan imej besar barisan wajah anak-anak Malaysia setinggi dua meter di treler Pakatan Harapan (PH) terbiar kosong.

Pimpinan PH termasuk calon Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa berceramah di atas kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux milik DAP kira-kira 100 meter dari treler yang terpampang ungkapan Luaskan Harapan itu.

Akibatnya, sebahagian besar rakyat yang hadir tidak dapat melihat secara jelas pimpinan tersebut berucap sempena Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Perak di kaki Bukit Jana, Kamunting dekat Kelab Golf Taiping malam tadi.

Itu situasi yang dilihat berlaku sekali gus menggambarkan keadaan terdesak kerajaan Umno-BN untuk cuba menafikan realiti sokongan luar biasa rakyat kepada PH ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semakin hampir.

Walau bagaimanapun, Timbalan Presiden PH, Mohamad Sabu secara bersahaja mengucapkan tahniah kepada pihak polis yang menghalang treler sepanjang kira-kira 10 meter itu daripada digunakan sebagai pentas ceramah.

Beliau membandingkan tindakan polis terhadap kapal mewah bernilai ratusan juta ringgit milik Jho Low yang sebelum ini dikait menggunakan wang dicuri daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Treler Luaskan Harapan nampaknya dimusuhi pihak berkuasa.
“Saya ucap tahniah khasnya kepada Polis Malaysia di Taiping kerana berjaya menghalang kami guna trak.

“Kalaulah kapal Jho Low lintas Selat Melaka polis Malaysia berani tangkap atau tidak? soalnya dengan nada lantang.

Serentak itu, hadirin yang rata-ratanya penyokong PH memberi reaksi spontan terhadap soalan Presiden AMANAH berkenaan.

“Tidak! Pengecut!” jawab mereka di lokasi ceramah yang pada masa turut disaksikan lebih 1,000 tontonan di siaran langsung menerusi Facebook AMANAH Negeri Perak malam tadi.

Sebahagian daripada orang ramai yang menghadiri ceramah PH malam tadi.
Dianggarkan tidak kurang 10,000 orang yang hadir, program itu menyaksikan pimpinan utama peringkat nasional dan negeri daripada kesemua parti yang menganggotai PH berucap.


Dianggarkan tidak kurang 10,000 orang menghadiri ceramah PH di kaki Bukit Jana, Kamunting dekat Kelab Golf Taiping malam tadi.
Selanjutnya, Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu menyifatkan Perdana Menteri mengajar pihak polis untuk menekan rakyat termasuk mengenakan gangguan pada program anjuran PH Perak itu.

“Bos mereka, Najib Tun Razak mengajar polis supaya tekan rakyat bukan lawan musuh negara.
“Ketenteraman kita mendapat gangguan di pihak polis pada malam ini. Sepatutnya, (polis) urus program dengan baik.

“Kalau tidak (dibenarkan) di sini, kita buat di Lake Garden, tempat yang luas. Pengikut kami ramai,” tegasnya lagi disambut sorakan dan tepukan gemuruh hadirin.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi PH berkenaan memberi jaminan gabungan parti tersebut tidak akan menafikan suara rakyat apabila diberi mandat di Putrajaya.

Pimpinan PH di program ceramah di kaki Bukit Jana, Kamunting dekat Kelab Golf Taiping malam tadi.
“Kalau kami ambil alih pemerintahan nanti, InsyaAllah, kita akan hidup dan suburkan proses demokrasi di Malaysia,” tegas Mohamad yang 40 tahun berada dalam pembangkang.

Tinjauan Malaysia Dateline mendapati deretan kenderaan pengunjung diparkir sepanjang lebih 500 meter dari lokasi program dengan turut disertai kira-kira 20 peniaga gerai pelbagai jenis jualan.

Sepanjang program yang berakhir pada jam 11.30 malam itu, pesawat tanpa pemandu (UAV) atau drone milik PH turut berlegar di udara lokasi ceramah
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan