SESI Parlimen hari ini dilanjutkan sehingga malam untuk menyelesaikan perbahasan atas usul titah ucapan diraja.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman mengusulkan lanjutan masa tersebut pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
"Sesi hari ini tidak akan ditunda sehingga tamat pada 8.30 malam ini," katanya pada sesi pagi di Dewan Rakyat hari ini.
Lanjutan masa sidang Dewan Rakyat bukanlah sesuatu yang biasa tetapi jarang dibuat pada minggu pertama persidangan, sebaliknya pada minggu akhir.
Tindakan ini dipercayai bertujuan mempercepatkan perbahasan atas usul titah ucapan diraja, dan seterusnya memberi masa kepada ahli Parlimen membahaskan usul lain terutamanya persempadanan semula yang dijangka akan dikemukakan pada sesi kali ini dan beberapa rang undang-undang kementerian.
Kebiasaannya, sesi Parlimen pada minggu pertama tamat pada jam 5 petang dan perbahasan titah Agung biasanya berlangsung selama dua minggu.
Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (
Bagaimanapun sehingga tamat sesi hari, tiada sebarang tanda ia diusulkan. Malah, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tidak hadir ke Parlimen pada hari ini.
Semalam, laman Facebook rasmi PAS membuat siaran langsung kehadiran Hadi ke Parlimen.
Bagaimanapun, The Malaysian Insight melihat beliau meninggalkan Parlimen berjalan beriringan dengan Timbalan Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri Ahmad Maslan di pintu masuk tiga Bangunan Utama Parlimen kira-kira jam 12 tengah hari, sebelum sesi pagi berakhir.
Seorang sumber Pejabat Parlimen berpendapat, agak sukar bagi RUU 355 dibahaskan kerana masa yang suntuk diperuntukkan pada persidangan kali ini.
"Sekarang banyak kementerian ingin mengusulkan pindaan kementerian masing-masing. Biasanya keutamaan diberikan kepada kementerian berbanding RUU persendirian seperti 355," kata beliau kepada The Malaysian Insight.
Antara pindaan RUU yang ditunggu-tunggu pada persidangan kali ini ialah usul persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), undang-undang pencegahan berita palsu oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta usul mengiktiraf sijil United Examination Certificate (UEC)
0 comments:
Catat Ulasan