Oleh Kanun
PEMERINTAHAN BN selama 61 tahun di Malaysia akhirnya tamat pada 9 Mei
2018. Tarikh keramat ini menunjukkan
kuasa rakyat secara demokrasi mengatasi
tipu daya BN untuk memenangi
pilihan raya. Kejatuhan kerajaan BN
dalam pilihan raya ini mengejutkan pelbagai
pihak kerana BN kelihatan begitu
kukuh dan sukar ditewaskan.
Kemenangan PH menakluki Kerajaan
Persekutuan secara demokrasi adalah
mencipta sejarah baharu. Meskipun, BN
mempunyai pelbagai kelebihan untuk
mengatasi parti lawan dengan sumber
kewangan Persekutuan namun kuasa
Allah Taala menaikkan dan menjatuhkan
sesuatu kerajaan adalah sukar diduga.
Ada juga di kalangan ahli gerakan Islam
yang tidak percayakan demokrasi dan
beranggapan Islam hanya boleh tertegak
dengan cara revolusi. Dengan kemenangan
PH ini membuktikan kuasa sebenar
adalah kuasa rakyat dan jika ianya
digembelingkan dengan jitu maka ia
boleh memusnahkan pihak lawan.
Semenjak awal lagi, BN yang dibantu
dengan SPR sendiri telah cuba memanipulasikan
keputusan pilihan raya dengan
proses persempadanan semula yang
memihak kepada BN. Walaupun ramai
pihak yang mempertikaikan proses persempadanan tersebut tetapi SPR telah
tidak menghiraukan bantahan orang
ramai. Selepas itu, SPR telah tidak berlaku
adil dengan menetapkan tarikh hari mengundi
pada hari Rabu yang boleh menyebabkan
peratusan keluar mengundi menjadi
kurang kerana hari Rabu adalah hari
bekerja.
SPR juga telah menghalang gambar pimpinan
PH khasnya gambar Tun Mahathir
dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk dijadikan
bahan kempen. Akhir sekali, SPR masih
cuba melengah-lengahkan keputusan PRU
14 dengan ada Ketua Tempat Mengundi
yang enggan memberikan Borang 14
(Penyata Pengundian Selepas Pengiraan)
kepada petugas di bilik pengiraan undi.
Akibatnya, keputusan penuh hanya diketahui
sekitar jam 4.30 pagi.
Proses PRU 14 ini adalah sangat mencabar
kerana ramai penganalisa membayangkan
bahawa PH bakal mengalami kekalahan kerana wujudnya pertandingan
3 penjuru hampir di semua kawasan pilihan
raya. Keengganan PAS untuk bersama
PH telah mewujudkan cabaran
baru kepada PH. PH harus merangka
strategi untuk menawan hati pengundi.
Akhirnya PH telah menemui formula
berkesan untuk menawan hati pengundi.
Pengundi perlu diberikan harapan sehingga
mereka percaya bahawa PH mampu
menandingi BN. PH yang dianggotai oleh
empat parti utama iaitu PPBM, PKR, DAP
dan AMANAH telah bergabung tenaga
bagi menjayakan misi menawan Kerajaan
Persekutuan.
PH telah membuat kajian asas bahawa
rakyat sungguh tidak berpuas hati dengan
kesan GST dan kenaikan harga barang.
Tambah memburukkan lagi keadaan
adalah skandal 1MDB dan ketidakstabilan
harga petrol. Maka, PH semenjak awal lagi
telah merangka manifesto dan janji. Janji
PH itu telah menarik perhatian ramai pengundi
dan strategi pengumuman awal
janji PH telah membantu orang ramai
untuk memahami aspirasi PH.
Kejayaan kedua PH adalah untuk menamakan
Tun Mahathir sebagai Perdana
Menteri dan Datuk Seri Wan Azizah sebagai
Timbalan Perdana Menteri. Strategi
ini telah menambahkan keyakinan orang
rakyat Palestin
Mohamad yang dinamakan Menteri
Pertahanan mahu rakyat negara ini terus
membela penduduk Palestin yang menjadi
pelarian agar dapat pulang ke tanah air
mereka semula.
pamer kekejaman kepada
dunia apabila 55 rakyat Palestin
menjadi korban terbaharu di
sempadan Gaza dalam pertempuran
yang meletus susulan
perpindahan kedutaan Amerika
Syarikat (AS) ke Baitulmaqdis.
Kesemua mangsa maut ditembak
dalam pertempuran ganas
di lima kawasan sepanjang
sempadan Gaza – Israel.
Antara mangsa yang maut
ialah remaja 14 tahun, manakala
hampir 3,000 yang lain cedera
terkena tembakan peluru hidup,
peluru getah dan gas pemedih mata oleh
tentera rejim.
Tunjuk perasaan membantah pemindahan
kedutaan Amerika itu berjalan serentak
dengan ‘Perarakan Pulang Besar-Besaran’
yang dirancang berlangsung enam
minggu sejak 30 Mac lalu dan disifatkan
paling dahsyat dalam kon ik Palestin-
Israel sejak Perang Gaza pada tahun
2014.
Semalam Rakyat Palestin terus berhimpun
bersempena Hari Nakba, hari di mana
Israel mengusir lebih 700,000 rakyat Palestin
dari tanah air mereka pada 1948.
Baitul Maqdis adalah kota suci bagi semua
agama samawi lebih-lebih lagi umat Islam
kerana di sana terletaknya Masjidil Aqsa yang
menjadi kiblat pertama umat Islam dan
berlakunya pertistiwa israk mikraj Nabi
Muhammad SAW.
Usaha untuk memindahkan ibu negara
Israel daripada Tel Aviv ke Baitul Maqdis adalah
membuktikan keangkuhan dan kesombingan
regim Zionis.
ramai terhadap PH sehinggakan membawa
kepada larangan SPR untuk menggunakan
gambar Tun Mahathir sebagai bahan
kempen. SPR juga bertindak tegas dengan
memotong gambar Tun Mahathir dan ianya
telah menjadi tular di media sosial.
PH juga telah memanfaatkan sepenuhnya
teknologi komunikasi baharu seperti FB
Ads dan FB Live, youtube serta aplikasi
Whatsapp untuk berkempen dan tidak
bergantung kepada media konvensional.
Langkah ini telah berjaya mengatasi halangan
SPR. Selain itu, penggunaan sistem
micro targeting pengundi telah berjaya
menarik pengundi dan telah berjaya
mengatasi halangan SPR.
Pada peringkat akhir selepas pembubaran,
kerja keras Tun Mahathir untuk menjelajah
seluruh pelusuk Semenanjung menerusi
program ‘Jelajah PH’ telah berjaya mencipta
gelombang yang akhirnya menjadi suatu
tsunami rakyat. Kempen Jelajah PH itu telah
mendapat sambutan menggalakkan
bukan sahaja di tempat ceramah diadakan
bahkan melalui FB Live sehingga angka yang
menontonnya telah mencecah 6 angka.
Akhirnya, seluruh rakyat Malaysia perlu
bersyukur kerana berjaya menewaskan
gergasi politik Malaysia. Kini rakyat Malaysia
memerhatikan apakah perubahan yang
bakal dibawa oleh Kerajaan PH.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan