Kuasa Seorang Perdana Menteri

Oleh Mohd Sayuti Omar

Apa yang berlaku ke atas Najib Razak memberi pengajaran dan pengetahuan kepada kita, betapa berkuasanya seorang perdana menteri itu. Isu 1MDB dan kewujudan SRC sudah lama diketahui. Begitu juga dengan barangan yang dirampas di rumahnya itu sudah lama wujud.

Tetapi kenapa ia baru diambil tindakan sesudah Najib tidak menjadi perdana menteri. Di mana polis Jenayah Perdagangan ketika itu. Bukankah juga sudah ada laporan polis mengenai kemungkinan Najib terbabit dengan 1MDB?

Jawabnya ia digelapkan kerana perdana menteri. Walaupun polis ada kuasanya sendiri tetapi perdana menteri lagi berkuasa. Dengan kekuasaanya itulah seorang perdana menteri boleh menggelapkan sesuatu yang diingininya.

Perdana menteri itu bukan tertakluk kepada Najib Razak seorang sahaja, tetapi perdana menteri lain juga, termasuk Dr Mahathir pada masa dia jadi perdana menteri 22 tahun lalu. Dr Mahathir juga memiliki kuasa itu dan dengan kuasa itulah dia melakukan beberapa tindakan (jenayah), seperti mengharamkan Umno 1987, memecat Anwar Ibrahim daripada Umno serta mengarahkan polis memecah rumah Anwar di Bukit Damansara, membiarkan polis menyerang pengikut Ibrahim Libya dan sebagainya.

Dengan kuasa seorang perdana menteri juga Abdullah Ahmad Badawi membebaskan Anwar yang meringkuk dalam penjara serta memberi laluan kepada si menantu untuk bertindak bagi pihaknya.
Kerana betapa berkuasanya seorang perdana menteri itulah maka ramai orang bercita-cita untuk jadi PM, sebelum jadi PM mereka tidak akan tahu kuasa itu tetapi setelah jadi PM baharu diketahui sebab ramai yang memberi tahu PM boleh buat itu dan buat ini hatta ia bersalahan dengan undang2 dan agama.

Saya yakin dan percaya kalau Najib masih jadi PM rumahnya tidak digelidah, coklat anaknya tidak dimakan orang, segala macam peti-peti besinya tidak dibongkeh dan diusung keluar. PM boleh digunakan apa sahaja termasuk dalam hal-hal yang tidak masuk akal. Trims.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan