Harapan Biarlah Berharap

Oleh Mohd Sayuti Omar

Piraum 14 banyak memberi ilmu dan penjaran kepada semua. Salah satu ialah bagaimana bukan mudah untuk melakukan transasi kerajaan dari kerajaan lama BN kepada kerajaan baru PH. Jika tidak ada seorang berpengalaman seperti Dr Mahathir tidak mudah untuk berbaut demikian.

Dalam tempoh belum sampai seminggu Dr Mahathir telah membuat dan mengambil tindakan ke atas sesuatu yang perlu satu langkah ke satu langkah. Pertamanya membentuk kabinet asas dengan melantik menteri kanan.

Serentak itu juga beliau melantik penasihat perdana negara terdiri daripada tokoh-tokoh kewangan dan ekonomi.

Seterusnya beliau mula bertindak ke atas individu yang mengetuai badan-badan utama negara diragui akan melakukan sabotaj dengan mengarahkan mereka berhenti atau pun disiasat.

Beberapa janji atau manifesto mulai dilaksanakan, termasuk usaha membebaskan Anwar Ibrahim menerusi proses pengampunan.

Semua berjalan secara tertib dan baik. Justeru semua pihak khasnya mendokong kerajaan PH hendaklah bertenang, sabar dan tidak mudah menimbulkan persoalan boleh menganggu kerja-kerja peralihan kerajaan itu.

Waktu ini kepercayaan sepenuh perlu diberikan kepada Dr Mahathir. Mungkin apa yang kita kehendak belum terlaksanakan, tetapi hasrat kita paling besar hendak menajtuhkan Najib dan menumbangkan kerajaan kleptokrasi sudah pun dirangkul.

Laksana kita berburu seladang sudah ditangan, perlu diikat sekemas mungkin, jangan sampai ia terlepas, periuk kawah sudah disediakan pastikan seladang dapat direbus digulai. Juangan pula ia terlepas, mengucar kacir kendurui yang diatur. Harapan biarlah berharap. Trims.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan