Meniti Hari - Hari Tibanya Perubahan Di Putrajaya

Oleh HAYAR HASSAN

Berbaki dua hari lagi menjelang hari mengundi PRU 14 menampakkan pelbagai isyarat dan tanda bahawa perubahan landskap politik Negara tercinta ini akan dilakar oleh pengundi-pengundi rakyat Malaysia. Dalam musim pilihanraya ini hampir setiap rakyat berbicara tentang PRU 14. Paling banyak dibicarakan adalah pihak mana yang akan menang dengan majoriti mudah untuk memegang tampok pemerintahan Malaysia di Putrajaya untuk tempoh lima tahun akan datang.

Walaupun rata-rata melibatkan pertandingan minima tiga penjuru, pertarungan sebenar adalah antara Barisan Nasional(BN) dengan Pakatan Harapan(PH). Gagasan Sejahtera yang dikepalai oleh PAS kurang mendapat perhatian kerana manifestonya yang hambar dan arah tuju misi perjuangannya yang bersimpang siur, berubah-ubah mengikut selera pimpinan utamanya.

Ceramah dan program-program parti suci ini juga amat kurang sambutan oleh orang ramai kecuali lah kepada pengikut dan ahli-ahli tegar nya sahaja. Yang terserlah kelihatan adalah banyaknya poster dan bendera PAS terpasang disepanjang jalan. Kelihatannya untuk PRU 14 ini, parti suci ini tidak mempunyai masalah berkaitan dana pilihanraya. Bertanding sebanyak 160 kerusi di seluruh Negara tentunya memerlukan dana yang banyak. Orang ramai tertanya-tanya dari manakah parti suci ini membiayai keseluruhan kos jentera pilihanrayanya ?

Kalau diamati, akhir-akhir ini terlalu banyak perkara yang berlaku yang seolah-olah memihak kepada PH. Terbaru adalah berita pemecatan Tun Daim Zainuddin, mantan Menteri Kewangan zaman era Tun Dr Mahathir Mohamad. Turut sama dipecat adalah Tan Sri Rafidah Aziz, mantan Ketua Wanita UMNO dan menteri kanan dalam kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad. Kedua-dua mereka telah dipecat sebagai ahli UMNO. Dikhabarkan juga Tan Sri Rais Yatim ,seorang lagi mantan menteri juga akan disiasat kerana sering kali mengkritik pentadbiran Putrajaya.

Yang menariknya selepas dipecat daripada menjadi ahli UMNO, Tun Daim Zainuddin menjadi lebih kerap turun berkempen untuk calon-calon PH. Pagi tadi beliau telah hadir dalam majlis “ Sarapan Pagi Bersama Dengan Tun Daim Zainuddin “ di sebuah restoran di bandar Bukit Mertajam, dalam Parlimen Permatang Pauh. Inti ucapan beliau adalah menyeru semua pengundi-pengundi memilih calon-calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri(DUN) PH. Ini adalah penting demi masa depan anak cucu kita. Bagi Tun Daim Zainuddin ,skandal IMDB yang sudah tersebar seantero dunia adalah suatu yang cukup mengaibkan rakyat dan Negara.

Istilah kleptokrasi yang hanya muncul di bibir kita akhir-akhir ini, cukup merosakkan imej Malaysia di mata dunia. Dunia akan terus mentertawakan kita seandainya kita terus memberikan mandat kepada parti yang dikepalai seorang kleptokrat. Semoga semua pengundi dapat memahami dan menterjemahkan mesej Tun Daim Zainuddin itu dengan memberikan undi mereka kepada semua calon-calon PH.

Dikhabarkan, semalam Tan Sri Rais Yatim juga turun untuk berceramah memberikan sokongan kepada calon-calon PH di Jelebu. Diberitakan juga sekitar 10,000 orang telah sanggup berhujan untuk mendengar ceramah daripada pemimpin-pemimpin PH seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail, Haji Muhamad Sabu, Dato’ Seri Azmin Ali , Tan Sri Mahyuddin Yassin dan lain-lain lagi. Ini lagi adalah isyarat yang cukup baik bagi PH.

Seperkara lagi , isyarat yang amat baik untuk kemenangan PH adalah kehadiran anakanda Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat(TGNA), Ustaz Nik Omar Bin Nik Aziz(NONA) sebagai calon PH untuk DUN Cempaka. Melihat dan mendengar akan sedutan ucapan NONA melalui U-Tube akan mudah bagi kita untuk menyimpulkan bahawa beliau mewarisi akhlak peribadi dan kepimpinan TGNA.

Orang ramai, terutamanya orang bukan Islam amat kagum akan tutur bahasa dan kelembutan akhlak yang telah dipamerkan oleh beliau. Ceramah beliau yang santai, mudah difahami, lancar, indah bahasanya cukup memukau semua penonton. Tutur kata beliau tidak memperlihatkan sebarang bahasa yang kesat, provokasi, benci membenci dan jauh sekali dari menganjurkan sebarang permusuhan. Ini lah yang dimahukan oleh semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Pengerusi PH Kelantan, Sdr Husam Musa turut juga memberikan isyarat bahawa NONA mungkin bakal menjadi Menteri Besar Kelantan seandainya calon-calon PH memenangi Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Beberapa nama-nama besar yang tersebut di atas adalah sosok-sosok utama yang telah dan sedang mencorakkan pola kecenderungan semua pengundi-pengundi untuk mengundi calon-calon PH.

Seperkara lagi yang saya amati adalah kehadiran begitu ramai anak-anak muda setiap malam mengadakan konvoi kereta dan motosikal dengan membawa bersama bendera PKR. Yang menariknya konvoi anak-anak muda ini turut disertai oleh ramai remaja Cina dan India.

Kegagalan beberapa calon PH menjadi calon bertanding pada hari Penamaan Calon juga turut membuatkan penyokong PH marah dan melipatgandakan lagi usaha berkempen. Diharapkan aka nada undi simpati kepada calon-calon PH.

Memetik perbualan seorang Pengarah Pilihanraya sebuah parti dalam PH, beliau menyatakan kehairanan akan kelesuan menteri-menteri kabinet sementara sekarang(Care Taker Government) yang seolah-olah tidak kuat bekerja membantu Dato’ Seri Najib Tun Razak (DSNTR) dalam PRU 14 ini. Beliau menyatakan bahawa “Seolah-olah PM sekarang ini loneranger@kesaorangan berkempen, yang lain-lain semua jaga diri sendiri !”.

Adakah ini suatu isyarat bahawa kemenangan itu sedang memihak kepada PH. Sama-sama lah kita tunggu akan keputusan yang bakal dibuat oleh sekitar 14 juta rakyat Malaysia yang menjadi Pengundi Berdaftar yang akan menentukan masa depan Negara tercinta ini. Semoga kita semua bakal melakar sebuah sejarah untuk membuat perubahan untuk Negara tercinta ini. Menurut Tun Daim Zainuddin, PRU 14 ini adalah peluang terakhir dan terbaik untuk rakyat Malaysia.













Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan