Bukan sahaja Wardina Safiyyah, bahkan pelakun Gerak Khas Abby Abadi juga bersama Nik Omar Nik Abdul Aziz.
Kalau Wardina menulis sokongannya dalam Facebook, Abby pula datang ke
Pengkalan Chepa bersama suami beliau untuk mengikuti ceramah Nik Omar.
Itulah gelombang yang berjaya dicipta oleh Pakatan Harapan (PH) melalui penyertaan Nik Omar dalam PRU 14 ini.
Nik Omar telah disahkan sebagai calon PH yang menggunakan logo PKR di
DUN Cempaka, tempat ayahdanya, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi
wakil rakyat ketika hayatnya.
Menurut penganalisis politik Kelantan, Dr Khairudin Damanhoeri,
secara khususnya Nik Omar telah berjaya menarik sokongan pengundi wanita
dengan ketara sekali.
“60% undi wanita Kelantan kini bersama Pakatan Harapan,” kata pengkaji politik Kelantan itu ekoran kemasukan Nik Omar.
Menurut Khairudin, beliau meneka, strategi PH ketengahkan Nik Omar
ialah untuk menarik perhatian golongan pengundi atas pagar khasnya di
kalangan wanita.
“Endorsement artis-arti wanita seperti Abby dan Wardina akan
semarakkan lagi sokongan di kalangan pengundi wanita muda,” kata
Khairudin yang banyak membuat kajian politik di Kelantan.
Katanya, berbanding dengan anak-anak lelaki lain Almarhum Tok Guru
Nik Aziz, penampilan Nik Omar adalah paling mirip dengan penampilan
almarhum semasa hidupnya.
“Ia secocok dengan mesej tersirat yang PH isyaratkan bahawa PH
menawarkan “penjelmaan semula pentadbiran TGNA” yang akan membawa 1,001
intepretasi peribadi di kalangan pengundi,” katanya.
Bagi beliau, selaran yang dibuat Pas terhadap Nik Omar membayangkan kesan yang terpaksa mereka hadapi.
“Tindakan Pas Kelantan, khasnya selaran yang dilempar kepada Nik Omar
oleh establishment Pas Kelantan membayangkan kebimbangan bahawa
penyertaan Nik Omar dalam PH boleh menimbulkan kesan di kalangan ahli
dan penyokong Pas,” katanya.
Wardina pula mengucapkan terima kasih kepada anak bekas mursyidul am Pas yang paling berpengaruh itu.
“Terima kasih Ustaz atas keputusan yang tidak mudah ini… moga menjadi contoh bagaimana politik Malaysia seharusnya berdiri.
“Pernah tak tanya insan-insan hebat ni… ada sebab kenapa mereka
memilih PH. Mereka bukan bodoh, mereka bukan tidak ada agama… Fikirkan
ya? Ada sesuatu di sana. Ada Harapan semestinya,” tulisnya.
Wardina juga menulis, “dengan ramainya mereka yang berintelek,
berwibawa dan ikhlas berjuang… kepercayaan saya kepada PH naik lagi
100%. Subhanallah. Sebak pun ada,” tulisnya.
Beliau mengharapkan mereka yang ikhlas berjuang ini dapat memberi
nasihat kepada mereka yang lain dalam PH sekiranya mereka tersilap
langkah kelak.
“Kepada pemimpin PH, harapan kami begitu tinggi, jangan dirobek dan
hampakan kami. Pimpinlah Malaysia seadil, semaju dan sebaiknya untuk
semua.
“Perbaikilah segala kepincangan sistem dan bebaskan negara dari tamak
haloba dan tipu daya. Ya Allah berikanlah kami pemimpin yang sebaiknya
untuk kita,” katanya.
Wardina yang memberikan sokongan kepada Pas dalam pilihanraya umum ke 13 lalu meminta pemimpin parti itu merenug perkara ini.
“Maaf ya rakan-rakan dari Pas, namun kita jauh berbeza kali ini di
dalam ideologi politik khususnya. Mungkin wajar duduk seketika dan
bertanya… mengapa ini terjadi. Saya tak boleh terima hujah mimpi,”
tulisnya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan