Telah diadakan tunjuk perasaan dibeberapa perkarangan masjid kerana menentang ICERD. ICERD telah dijadikan isu politik. Dalam tunjuk perasaan itu ada juga yang membakar patung tertulis ICERD.
Ada baiknya juga tunjuk perasaan itu “bergelegak” hari ini menjadikan
saya jadi terpanggil untuk mendengar syarahan Dr Mohd Asri Zainal Abidin
(Maza) mengenai ICERD. Di sini saya share video jawaban beliau mengenai
ICERD dalam satu ceramah malam tadi atau kelmarin.
Secara ringkas yang dapat saya simpulkan penjelasan dari Dr Maza mengenai ICRED ini terbaik, sangat jelas dan adil. Dr Maza berdiri ditengah-tengah di antara sempadan politik berbagai ideologi. Beliau benar-benar meletakkan diri sebagai seorang Mufti. Syabas.
Menurut pendapat Dr Maza, ICERD bukan benda baharu yang muncul tatkala Pakatan Harapan (PH) memerintah. ia muncul dan dipersoalkan sejak tahun 1960an lagi. Ertinya ICERD ini sengaja mahu diperbesarkan untuk dijadikan isu politik.
Apa dideklarasikan ICERD menurut Dr Maza selaras dengan tuntutan Islam, seperti soal diskriminasi kaum, ketidak adilan dan hak asasi manusia. Islam juga melarang umat manusia melakukan diskriminasi sesama manusia.
Sebelum mengecam ICERD katanya, harus memahami apa dia deklarasi ICRED itu dahulu jangan hanya pakai hentam kromo mengatakan ia anti Islam, idea Yahudi dan sebagainya.
Menurut Dr Maza, ICRED diterima oleh hampir semua negara Islam, kecuali hanya dua buah negara sahaja yang belum menanda tangani, Malaysia dan Brunei. Jadi tidak berbangkit kalau ICERD ditolak oleh negara Islam.
Dalam perhatian Dr Maza ada tiga kumpulan atau golongan (kabilah) yang memberi pendapat mengenai ICERD ini. Pertama yang memahami semangat ICERD, kedua yang menerimanya secara membuta tuli dan ketiga yang jahil hanya mahu melaung takbir demi kepentingan politik mereka.
Konklusi Dr Maza, ICERD memegang kepada prinsip selaras dengan kehendak Islam. Trims.

0 comments:
Catat Ulasan