Parti Jemaah Islamiah Semalaysia (BERJASA) berkata
mereka dikhianati sekutu mereka PAS apabila hanya diberikan lima kerusi
pilihan raya daripada 17 yang diminta.
Malah, kata ketua penerangannya Mohd Junip Huzayin, daripada jumlah itu, hanya tiga kerusi dibenarkan menggunakan logo parti itu dan selebihnya menggunakan lambang PAS.
Malah, kata ketua penerangannya Mohd Junip Huzayin, daripada jumlah itu, hanya tiga kerusi dibenarkan menggunakan logo parti itu dan selebihnya menggunakan lambang PAS.
“Namun sekarang seperti ada sesuatu yang tidak kena dan
kita menyesal kerana ia seperti ada udang di sebalik batu atas
persahabatan itu apabila BERJASA hanya diberi tiga daripada 17 kerusi,”
Junip dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.
Dalam sidang media, di Kamunting hari ini, Junip juga dilaporkan berkata Gagasan Sejahtera hanya mainan politik PAS.
Beliau juga berkata semua kerusi yang diberikan kepada BERJASA adalah kerusi majoriti Cina.

“Boleh dikatakan semua kerusi yang diberi adalah kerusi
tidak boleh menang seperti kerusi Ipoh Barat, Ipoh Timur dan Batu
Gajah,” katanya lagi seperti dilaporkan harian itu.
0 comments:
Catat Ulasan