BlackBerry Messenger atau BBM misalnya, pernah menjadi medium perhubungan paling penting dengan kehadiran BlackBerry OS serta papan kekunci penuh fizikal.
Akur dengan kehendak perubahan teknologi, BlackBerry akhirnya mengumumkan bakal menamatkan perkhidmatan BBM sepenuhnya pada 31 Mei ini, lapor portal SoyaCincau.
Menurut BlackBerry, pelbagai usaha telah dibuat bagi membolehkan BBM dapat diguna oleh setiap masyarakat. Namun, disebabkan ramai yang beralih ke saluran menghantar pesanan lain, peranti itu sukar mendapatkan pengguna baru.
Sebelum ini, BlackBerry yang masih berkeras untuk kekal dengan platform BlackBerry OS semakin merudum jualan perantinya apabila pengguna mula beralih ke Android dan iOS.
Disebabkan BBM tidak boleh digunakan di Android dan iOS, pengguna terpaksa menggunakan aplikasi menghantar pesanan lain seperti WhatsApp, Telegram, WeChat dan lain-lain.
Melihat situasi ini, BlackBerry akhirnya melancarkan BBM di Android dan iOS pada akhir tahun 2013. BlackBerry turut melancarkan telefon pintar yang dikuasakan Android, BlackBerry PRIV pada tahun 2015.
Bagaimanapun, langkah itu mungkin sudah terlambat apabila pengguna sudah mula selesa dengan platform menghantar pesanan lain. Walau ada pengguna tegar BBM, ia masih menyukarkan mereka untuk berkomunikasi.
BlackBerry memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya hujung bulan depan. Segala fungsi di dalam BBM seperti pelekat, BBMoji, Ganjaran dan Nilai akan turut tamat, menurut portal itu lagi.
0 comments:
Catat Ulasan