Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga calon Parlimen Langkawi, Tun
Dr Mahathir Mohamad teruja dengan jumlah kehadiran rakyat Terengganu
pada program Jelajah PH Terengganu di Dungun malam tadi.
Kata beliau, jumlah ribuan orang yang hadir pada malam itu sesuatu
yang luar biasa untuk program politik di negeri itu sepanjang ingatan
beliau, melainkan program yang pernah dianjurkan Pas.
Itu pun kata beliau sebahagian mereka dijemput dengan bas, tetapi orang ramai yang datang malam itu, semuanya datang sendiri.
Calon Perdana Menteri Ke-7 itu berkata, dalam perjalanan beliau ke
tempat program, beliau melihat begitu banyak poster Barisan Nasional
(BN) dan Pas di merata tempat, tetapi tambah beliau, apa yang lebih
penting adalah jumlah orang yang menyokong dan yang akan mengundi
sesuatu parti itu, bukan jumlah poster.
Beliau yakin, melihat kepada sambutan pada program Jelajah PH itu,
rakyat Terengganu akan bersama dengan rakyat di negeri-negeri di pantai
barat, akan bangkin menumbangkan kerajaan BN-Umno yang ada.
Beliau turut mengingatkan pengundi di Terengganu tentang pentingnya
pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini bagi memulihkan semula pentadbiran
dan perjalanan negara.
“Kali ini kita mengundi bukan untuk mendapatkan pembangkang yang kuat
bagi menegur kesilapan kerajaan, tetapi kita mahu menukar kerajaan yang
ada.
“Kita mahu tukar kerajaan yang dipimpin oleh penyangak dan pencuri,” kata beliau.
Turut serta dalam program Jelajah PH Terengganu itu ialah Presiden
AMANAH Negara, Haji Mohamad Sabu, Tun Dr Siti Hasmah, Pengerusi PH
Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, wakil Bersih
Hishamuddin Rais serta pimpinan PH negeri Terengganu.
Sebelum itu dalam ucapan beliau, Raja Bharin mengingatkan
pengundi-pengundi di Terengganu tentang isu-isu yang perlu diberi
perhatian oleh pengundi Terengganu untuk membuat pertimbangan pada hari
mengundi nanti.
Antara isu yang beliau bangkitkan ialah isu pembaziran kerajaan BN
yang memerintah, isu kegagalan kerajaan membela nasib nelayan, isu
warisan Melayu negeri Terengganu dan isu pembangunan yang diabaikan oleh
kerajaan BN yang sekian lama memerintah.
Mohamad Sabu juga turut berpuas hati dengan sambutan yang ditunjukkan
oleh rakyat Terengganu, khususnya di Dungun terhadap PH dan beliau
yakin jika trend seperti itu berterusan, kerajaan BN pimpinan Najib
Razak dapat ditumbangkan.
Kata beliau lagi, Jelajah PH akan berakhir di Kuantan pada 2 Mei ini.
Pada malam itu juga, PH turut mengumumkan calon-calon PH yang
bertanding di seluruh negeri Terengganu bagi kerusi Parlimen dan kerusi
Dewan Undangan Negeri (Dun).
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan