Kemelut politik antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar
Ibrahim tidak akan berulang lagi kerana kedua-dua pemimpin itu kini
telah berubah, kata anggota parlimen veteran DAP Lim Kit Siang.
"Saya rasa kami semua sudah berubah. Dr Mahathir, Anwar dan semua
pemain utama dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) sudah belajar tentang
kehidupan untuk jadi orang yang lebih baik dan jadi pemimpin Malaysia
yang lebih sensitif, lebih wajar dan lebih baik," kata Lim yang dipetik
sebagai berkata dalam laporan The Malaysian Insight.
Lim berkata demikian berikutan cakap-cakap mengenai persengketaan
lama antara kedua-dua tokoh itu akan mengheret mereka ke dalam kemelut
perebutan kuasa.
Lebih 20 tahun lalu, kedua-dua tokoh itu pernah bergandingan sebelum
Mahathir memecat timbalannya itu dari kerajaan tuduhan salah laku moral.
Pertembungan mereka kemudian mencetuskan gerakan Reformasi apabila Anwar dipenjarakan.
Bagaimanapun setelah hampir dua dekad, Mahathir dan Anwar berbaik
semula dalam usaha menewaskan BN dan menyingkirkan perdana menteri Datuk
Seri Najib Razak.
Hasilnya BN berjaya ditumbangkan pada pilihan raya umum ke-14 dan Mahathir dipilih sebagai perdana menteri buat kali kedua.
Anwar yang menghadapi hukuman penjara kali kedua kemudian dibebaskan
selepas menerima pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong yang
membolehkan dirinya bergiat aktif dalam politik.
Namun pemerhati politik kini percaya penyokong kedua-dua pemimpin itu
kini saling curiga mencurigai dengan Anwar dikatakan tidak sabar untuk
menerajui Putrajaya.
Manakala Dr Mahathir pula meskipun mengulangi jaminan
bahawa Anwar bakal dipilih sebagai perdana menteri kelapan, namun
mengakui buat masa ini tiada tempoh tertentu untuknya memegang jawatan
PM.
Sementara itu, Lim yang menjadi anggota parlimen selama 10 penggal
percaya Mahathir yang berusia 93 tahun kini berbeza semasa mentadbir
negara selama 22 tahun sebelum ini.
Menurut Lim, perbezaan Dr Mahathir itu dapat dilihat apabila anggota
parlimen Langkawi itu berubah daripada seorang yang 'hagemon' kepada
pembuat konsensus.
"Saya percaya Dr Mahathir sekarang sangat berbeza dengan Dr Mahathir
yang jadi perdana menteri Malaysia selama 22 tahun daripada 1981 hingga
2003.
"Saya percaya yang Malaysia dalam situasi yang baik di bawah Dr Mahathir dan Pakatan Harapan," kata Lim lagi.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan