Oleh
BARISAN Nasional (BN) yang jatuh ditimpa tangga perlu
sekurang-kurangnya 10 tahun untuk pulih dan jadi pencabar yang serius
sekali lagi dalam medan politik, kata penganalisis.
Selepas kalah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), gabungan yang asalnya
ada 13 parti komponen kini tinggal berempat – Umno, MCA, MIC dan
Gerakan.
Namun untuk pulih semula, Umno tidak lagi boleh dibiarkan menjadi
parti dominan dalam kerjasama politik itu, kata pensyarah sains politik
Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM).
"Ini masa untuk muhasabah diri. Sudah ada pandangan yang parti
komponen tidak seharusnya membiarkan Umno jadi terlalu dominan sejak
awal lagi.
"Kalau BN mahu bertahan, ia mesti membuka jalan kepada
penyegaran dan pembaharuan dalam parti komponen. Ia mungkin perlu tukar
struktur kepimpinan dan kuasa pemutus dalam gabungan itu," katanya
Tunku Mohar menarik perhatian kepada struktur asal Perikatan, parti
asal BN sebelum Merdeka, yang memberi ruang lebih luas kepada parti
komponen untuk bersuara.
BN didirikan pada 1973 dan sehingga PRU14 dibentuk oleh 13 parti
komponen. Gabungan itu kini tinggal empat parti selepas semua rakannya
di Sabah dan Sarawak meninggalkannya selepas kekalahan dalam pilihan
raya itu.
Umno, tunjang gabungan itu, selama ini menguasai segala-galanya. Ini
menyebabkan parti lain yang juga berasaskan kaum sering dikecam apabila
Umno memainkan retorik "ketuanan Melayu", termasuk apabila sesetengah
pemimpin menggelar kaum lain sebagai "pendatang".
Pemerhati politik berkata pilihan raya sejak 2008 menunjukkan trend
semakin banyak rakyat menolak politik berasaskan kaum BN, beralih kepada
pakatan pembangkang sebelum ini yang lebih inklusif walaupun ada
parti-partinya yang dikuasai satu kaum.
"Apa yang penting ialah persepsi adanya kesamarataan dalam proses BN
membuat keputusan. Tetapi BN bagaimanapun selama ini dikuasai oleh
Umno," kata Tunku Mohar.
Selepas terpukul dalam PRU14, BN wajar menimbang untuk membubarkan
gabungan itu, kata Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya.
"Jenama BN sudah tercemar dan ia patut dibubar, dan dijenamakan semua
sebagai sesuatu yang baru. Bagaimanapun, penjenamaan semula tidak
memberi makna apa-apa jika budaya politik dan kepimpinannya masih sama.
"Tidak boleh macam kata pepatah Inggeris, tuak lama dalam botol baru," katanya.
Pilihan lain BN
Tunku Mohar juga tidak percaya Umno akan bergabung dengan PAS, seperti yang dilontarkan ideanya oleh sesetengah pihak.
Dua parti itu boleh menjalin kerjasama tetapi penggabungan politik
akan melahirkan pembangkang yang totok berhaluan kanan. Dalam Malaysia
yang berbilang kaum, parti haluan kanan seperti PAS tidak boleh bertahan
sendirian.
"Ketegasan PAS akan jenama politik Islamnya akan menolak gabungan itu jauh ke kanan," tambahnya.
Menurut Awang Azman, walaupun ada pemimpin Umno dan PAS yang bertemu
baru-baru ini, beliau tidak fikir pertemuan itu membincangkan soal
penggabungan.
"Bukan senang sebabnya kebanyakan akar umbi Umno dan PAS tidak setuju
dengan idea itu. Sebarang penggabungan akan memecahkan kedua-dua parti
dan semakin melemahkan kedudukan mereka.
Tunku Mohar dan Awang Azman juga tidak percaya Umno perlu membuka
pintunya kepada kaum lain kerana jadi sebuah parti tunggal kaum bukan
masalah utamanya – masalah utamanya rasuah.
"Mereka hilang kepercayaan ahli-ahlinya sendiri atas isu integriti,
rasuah dan kepimpinan terkait skandal 1MDB (1Malaysia Development
Berhad) dan GST (cukai barangan dan perkhidmatan)," kata Awang Azman.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan