Oleh Dr Ismail Salleh
Kenyataan TITM di Kota Bharu membayangkan PRN akan berlaku di Kedah menyerlah kan sikap sebenar Pas iaitu tidak memahami message dan kehendak rakyat dan tamak inginkan kuasa dengan cara tidak betul.
PRU yang lalu telah memberikan kemenangan 18 kerusi PH,15 Pas dan 3 Umno.
Ekoran keputusan yang sebegitu, Pas telah menampakkan sifat sebenar mereka iaitu gila kuasa untuk juga memerintah Kedah dengan mencadangkan sebuah kerajaan perpaduan di Kedah..tapi malangnya telah di tolak oleh PH Kedah..
Kalau Pas benar-benar ikhlas, buatlah kerajaan perpaduan itu di Kelantan dan Terengganu terlebih dahulu.
Setelah cadangan mereka di tolak Pas masih tidak berputus asa, menzahirkan sifat tamak halobanya dengan meminta pula jawatan Speaker Dun dan sudah tentu oleh kerana tidak logik dan tiada asas langsung untuk mereka berbuat demikian, sekali lagi PH menolak cadangan ini. Mereka juga telah menamakan Pesuruhjaya Pas Kedah,Dr Fakhrudin Fakhrurazi sebagai bakal speaker.
Ekoran dari itulah mereka dengan nada ugutan akan berlakunya PRN apabila pimilihan speaker nanti akan berakhir dengan undian 18/18.
PH sudah tentu ada 18 undi dan Pas ada 15 undi.Mereka mengharapkan 3 undi dari Umno untuk mengcukupkan 18 undi...
Dikala Umno berada dalam keadaan nazak dengan 3 kerusi Dun dan kerajaan pusat adalah kerajaan PH kemungkinan Umno menyokong Pas adalah terlalu kecil.
Lalu peluang undian 18/18 hampir mustahil.
Saya pohon Pas hentikanlah polemik ini.
Hormatilah kehendak rakyat.Rakyat telah membuat keputusan dan sekarang adalah masa untuk kita bekerja. Ayuh kita mengisi harapan rakyat dengan membuat persembahan terbaik dari segi dasar dan gerak kerja.
Simpanlah keegoan dan sifat tamak yang ada itu sehingga lima tahun yang akan datang untuk sekali lagi rakyat akan memilih dan membuat keputusan.
Dikala ini tidak ada siapa yang inginkan PRN.Rakyat tidak mahu, kerajaan PH tidak mahu,Umno tidak mahu dan Pas juga tidak mahu.
Ayuh Pas, jadilah pembangkang yang konstruktif dan simpanlah sifat tamak tu.Jangan tonjolkan sangat, nanti rakyat muak..
Dr Ismail Salleh
Pengerusi AMANAH Kedah
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan