Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu perlu mengesahkan kelulusan
akademiknya demi memelihara imej bersih, profesional dan berintegriti
Pakatan Harapan negeri Perak.
Pengerusi Pakatan Harapan Perak, Ahmad Faizal Azumu, telah mengangkat
sumpah sebagai Menteri Besar (MB) Perak pada 12 Mei 2018 yang lalu.
Namun, menurut anak Perak di Perantauan Ahmad Jamali
Sepihie keresahan para penduduk negeri Perak mengenai status kelulusan
akademik MB Perak yang baharu ini rupanya masih berterusan.
Pada 11 Jun 2018 dilaporkan terdapat penularan di media sosial yang
mempersoalkan kelulusan MB Perak sama ada beliau benar-benar berjaya
mendapat Ijazah Kajian Perniagaan dari Universiti Edith Cowan, Perth
Australia, sebagaimana yang telah diwawarkan di dalam profil
professional di dalam Wikipedia, poster-poster di media sosial dan
whatsapp.
Di media sosial, dikatakan ramai yang mengenali beliau telah
mempersoal kesahihan kelulusan akademik MB Perak sebagaimana tertera di
dalam poster Bernama.
Sebelum ini, Ahmad Faizal menyerahkan kepada rakyat untuk menilai
kelulusan akademik yang dimilikinya ekoran tular di laman sosial pihak
yang mempertikai perkara itu.
Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, terpulang kepada rakyat
untuk menilai kesahihan Ijazah Kajian Perniagaan dari Universiti Edith
Cowan, Perth Australia yang dimilikinya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan