KEMENTERIAN Kewangan sentiasa mengutamakan penggunaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar. Adalah tidak benar dakwaan bahawa Bahasa
Mandarin telah menggantikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
Kementerian Kewangan dan ini boleh dibuktikan dalam laman web rasmi
Kementerian Kewangan.
Kenyataan rasmi Bahasa Melayu akan diterjemahkan kepada Bahasa
Inggeris untuk kegunaan media antarabangsa dan sekali-sekala
diterjemahkan ke dalam Bahasa Mandarin jika ada keperluan.
Saya tidak faham mengapa terjemahan kenyataan rasmi Bahasa Melayu
kepada Bahasa Inggeris ataupun sekali-sekala dalam Bahasa Mandarin boleh
diputarbelitkan untuk menyatakan bahawa bahasa rasmi Kementerian
Kewangan telah ditukar ke bahasa Bahasa Mandarin.
Jika adapun, terjemahan ke dalam Bahasa Mandarin dibuat apabila ada
keperluan, terutamanya apabila isu tersebut melibatkan terma-terma
teknikal. Terjemahan ini kemudiannya dihantar terus kepada media
berbahasa Cina atau media sosial dan tidak digunapakai dalam laman rasmi
Kementerian Kewangan.
Ingin saya tegaskan bahawa semua kenyataan dalam media rasmi saya di
bawah Kementerian sememangnya dikeluarkan dalam Bahasa Melayu dan hanya
diterjemahkan kepada bahasa lain sekiranya perlu. Pendirian mendukung
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan tidak pernah dipertikaikan.
Akan tetapi, saya akan menggunakan bahasa lain dalam akaun media
sosial saya dan juga Bahasa Mandarin dalam komunikasi saya bersama
akhbar Cina. Saya telah mengeluarkan kenyataan dalam Bahasa Mandarin
pada 24 Jun 2018 tanpa kepala surat rasmi Kementerian Kewangan.
Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana prihatin
tentang perkara ini dan saya mengambil maklum kritikan dan teguran
berkenaan dengan status yang dimuatnaik dalam laman sosial saya pada 24
Jun 2018.
Saya akan terus memperbaiki apa-apa kelemahan dalam tata urus komunikasi saya dengan rakyat Malaysia.
* Lim Guan Eng ialah Menteri Kewangan Malaysia.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan