Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah membunuh Altantuya
Shaaribuu, telah menulis sepucuk surat peribadi kepada Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad, mengulangi kesediaannya untuk mendedahkan
segala-galanya mengenai kes itu.
Menurut bekas ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin
Abu Hassan, Sirul menyerahkan surat itu kepada Mahathir, ketika bertemu
dengan Sirul di Kem Tahanan Villawood di Sydney, hari ini.
"Perjumpaan di bulan Syawal ini amat bermakna dan kami telah berbual
panjang lebar secara ikhlas dari hati ke hati selama lebih kurang sejam
setengah. Sirul Azhar Umar kelihatan sihat serta tenang di kem tahanan
villawood yang mana beliau telah ditahan hampir selama 5 tahun sehingga
kini.
"Insya-Allah, saya amat yakin kebenaran mengenai kes pembunuhan
altantuya shaaribu akan menyebelahi pihak yang teraniaya akhirnya.
Tidak lagi dibelenggu ketakutan
"Dalam pertemuan ini juga; Sirul Azhar Umar telah mengutuskan sepucuk
surat kepada YAB Perdana Menteri Malaysia yang mana saya sendiri tidak
tahu apa isi kandungannya.
"Surat peribadi tersebut telah diletakkan di dalam sampul yang
tertutup dan akan saya sampaikan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia
apabila pulang ke tanahair dalam beberapa hari lagi," kata Khairuddin
dalam suatu kenyataan hari ini.
Menurut Khairuddin, Sirul juga berkata amat merindui keluarganya di
kampung halaman selain tidak lagi merasa dibelenggu perasaan takut.
"Kini, Sirul Azhar Umar kelihatan amat bersemangat dan tidak lagi
dibelenggui oleh sebarang perasaan takut kerana beliau amat yakin dengan
sistem perundangan baru di malaysia yang diterajui oleh Pakatan Harapan
yang mampu membela kalangan yang teraniaya," kata Khairuddin lagi.
Azilah menunggu hukuman mati
Dalam wawancara bulan lalu, Sirul
berkata dia sedia mendedahkan semua perkara mengenai pembunuhan
Altantuya dengan syarat dia diberikan pengampunan sepenuhnya untuk
kembali ke Malaysia.
Sirul telah ditahan di kem imigresen Australia di Villawood di Sydney
semenjak tiga tahun lalu, selepas Mahkamah Persekutuan mendapati dia
dan ketua inspektor Azilah Hadri didapati bersalah membunuh Altantuya.
Mahkamah Rayuan membatalkan hukuman mereka pada tahun 2013. Namun
selepas pihak pendakwaan membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan,
keputusan bersalah itu kemudiannya dikekalkan.
Azilah sedang menjalani hukuman penjara sementara menunggu hukuman
mati di Penjara Kajang. Beliau juga telah memohon pengampunan.
Altantuya dibunuh di bukit terpencil di Puncak Alam antara jam 10 malam pada 19 Oktober 2006 dan 1.30 pagi pada hari berikutnya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan