Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai komitmen untuk berkongsi pengalaman politiknya di Malaysia dan negara luar.
Sehubungan itu, beliau tidak berhasrat untuk bertanding semula di
peringkat parlimen dan menyerahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad untuk menentukan masa yang sesuai.
Memetik laporan Bernama, Anwar akan menghadiri program-program
penerangan mengenai rancangan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) membina
semula negara.
“Saya baru balik dari London sehari sebelum Raya dan semua orang nak
tahu semangat perpaduan Malaysia yang berbilang kaum sehingga mampu
menjatuhkan kerajaan lama dan membina kerajaan baharu.
“Mereka kagum dengan Malaysia dan rakyatnya dan mahu mengetahui bagaimana kita melakukannya.
“Saya akan pergi ke Turki esok untuk bertemu dengan Presiden Recep
Tayyip Erdogan, yang juga rakan saya dan kemudian akan memenuhi undangan
beberapa negara Asia serta Arab,” katanya.
Anwar demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar di Pulau Pinang, malam
semalam.
“Selepas sekian lama meninggalkan Permatang Pauh, saya teruja dengan
sokongan yang masih diberikan oleh penduduk di sini,” katanya.
Lebih 2,000 pengunjung menghadiri majlis itu Dataran Rakyat Guar
Perahu dekat Penanti di sini dan antaranya Ahli Parlimen Iskandar
Puteri, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow serta
beberapa pemimpin kerajaan negeri.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan