SHAH ALAM - Semua pihak perlu berlaku jujur dengan pemilihan Peguam Negara dan tidak menjadikan soal kaum sebagai isu.
Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berkata, ini kerana tiada
sebarang peruntukan dalam undang-undang atau Perlembagaan Persekutuan
yang mewajibkan seorang Peguam Negara mesti seorang Melayu dan Islam.
“Jadi, saya fikir ketinggian dan semangat Perlembagaan Persekutuan
sebagai kontrak sosial perlu dan wajar dihormati dan dilindungi.
Selanjutnya, kita kena juga lihat sejarah sebelum ini.
“Bukankah Peguam Negara yang sebelum ini yang dilantik oleh BN adalah
seorang Melayu dan Islam? Tapi, lihatlah kerosakan yang beliau telah
lakukan ke atas reputasi dan nama baik institusi Peguam Negara,” katanya
dalam kenyataan, hari ini.
Memetik laporan Malaysiakini, kerajaan Pakatan Harapan dikatakan telah
mencadangkan peguam veteran, Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara.
Menurut sumber, nama Tommy telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong minggu lalu.
Bagaimanapun, Mesyuarat Majlis Raja-Raja dikatakan menggesa nama diberikan untuk jawatan itu adalah daripada orang Muslim.
Mengulas lanjut, Mohamed Hanipa berkata, beliau menyokong sepenuhnya cadangan pemilihan Tommy.
“Calon tersebut bagi saya, bukan sahaja berpengetahuan dan
berpengalaman mendalam dalam undang-undang. Lebih penting, setakat yang
saya kenal beliau adalah seorang peguam senior yang berintegriti amat
tinggi iaitu ciri penting yang perlu ada bagi seorang Peguam Negara,”
katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan