Tidak perlu guna istilah Arab dalam pentadbiran berasaskan Islam

Tidak semua perkara dalam sebuah pentadbiran, perlu dilabelkan dengan bahasa Arab atau istilah yang muluk untuk mengesahkan bahawa itulah pentadbiran yang berasaskan Islam.

Sebuah pentadbiran berasaskan Islam yang perlu untuk ditonjolkan adalah integriti, urus tadbir yang baik, keadilan dalam hukum, timbang rasa dalam pemberian dan hikmah dalam setiap keputusan yang dibuat adalah asas pentadbiran Islam.

Pengarah Komunikasi AMANAH Negeri Kedah Ridzwan Abu Bakar berkata, tidak semua unsur ibadah ‘fardi individu’  (amalan individu) perlu di negarakan atau dinegerikan.

“Rakyat beramal dengan tuntutan amalan fardi.

“Manakala negara pula berusaha untuk melebarkan ihsan kepada rakyat sehingga rakyat dapat hidup dengan tenang, aman dan bahagia,” ujarnya.

Sebagaimana dilakukan kerajaan negei sejak beberapa penggal yang lalu, telah pun menyumbang ratusan lembu apabila datangnya musim korban pada bulan Zulhijjah.

“sumbangan begini turut menelan belanja jutaan ringgit yang mungkin dijana dari syarikat berkaitan kerajaan atau GLC.

“Dari mana pun sumbernya, yang pasti kerajaan tidak dituntut untuk melaksanakan ibadah korban.

“Sekalipun kerajaan hendak rakyat merasai hasil negeri, banyak lagi cara yang boleh dilaksanakan bagi membantu rakyat.

“Sekati daging yang bukan dituntut itu lebih baik ditukar dengan program yang boleh membina generasi.

“Tidak dapat dinafikan kemungkinan kerajaan hendak galakkan amalan berkorban sempena musim korban, namun begitu ia bukan caranya, ” katanya.

Tambahnya lagi, kaedahnya ialah dengan menggalakkan pertumbuhan ekonomi, lahirkan ramai rakyat yang mampu dan mengubah minda rakyat untuk menjadi masyarakat yang pemurah dan taat dalam beragama.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan