Presiden Patriot, BG Dato’ Mohamed Arshad Raji (B) berkata, keputusan yang dibuat oleh Menteri Pertanian itu mencerminkan bahawa beliau faham tentang dua peranan beliau, iaitu sebagai menteri dan juga sebagai ahli politik.
“Kenyataan Salahuddin boleh disifatkan sebagai ciri seorang ahli politik sejati, seseorang yang tidak menggunakan jawatan di kementerian untuk memprojeksi diri sebagai seorang yang mengambil berat dan berguna.
“Kami percaya polisi seperti itu boleh menghentikan penyalahgunaan yang berleluasa yang begitu jelas berlaku pada masa lalu, sekali gus menyelamatkan kakitangan kementerian melaksanakan fungsi di luar skop tanggungjawab mereka di kementerian,” kata beliau dalam kenyataan medianya hari ini.
Ujar Mohamad Arshad lagi, ketua-ketua jabatan juga mesti mengeluarkan arahan spesifik kepada kakitangan yang menjelaskan apakah yang disifatkan sebagai kerja politik dan apa yang bukan.
Kata beliau, kita dapat melihat pada masa lalu ketua-ketua jabatan akan mengeluarkan arahan kepada kakitangan bawahan supaya menghadiri program politik menteri, hanya untuk meramaikan khalayak.

0 comments:
Catat Ulasan